
Assalamualikum... warahmatullahi.. wabarakatuh...
exam takkan habis selagi kita ni bergelar manusia yg hidup di dunia. kalau dah jadi mayat dah takde exam dah... tinggal penilaian je lagi... cemerlang atau tidak...
exam kali membuatkan ana berfikir tentang satu perkara yg diperkatakan seorang pensyarah... " Dunia ini hanyalah jambatan ke akhirat. segala yang ada di muka bumi ini adalah alat untuk menuju matlamat -Allah SWT! ". Tapi bila kita koreksi kembali apa matlamat kita semua?
majoriti akan jawab nak cemerlang dalam peperiksaan, nak gembirakan mak ayah, nak banggakan sekolah, nak naikkan nama institut, nak dapat anugerah dan banyak lagila... tetapi hakikatnya kita susah sangat nak jawab "matlamat aku nak exam ni adalah untuk mencari redha Allah semata-semata"... kenapa begitu? kita lupa ya siapa yang kurniakan nikmat kejayaan pada kita semua? sedar tak sebenarnya kita sedang diuji? diuji bagaimana tahap kebergantungan kita pada Allah. bersyukurlah wahai sahabat, Allah masih beri kita peluang merasai kejayaan. maka letakkanlah kesyukuranmu di tempat yg betul.~
Kita hamba... DIA tuhan
Hanya iman dan takwa sahaja yang akan bantu kita ingat pada Tuhan. Iman ni adalah benih kepada pokok kehidupan. Bila lupa disiram, layulah iman itu lalu menjauhkan manusia daripada Penciptanya. Sesungguhnya iman itu bila ada dalam hati,tersesarlah segala kegelapan dan nafsu syahwat. Iman itu petunjuk dalam merungkaikan segala kekusutan dalam jiwa. Layaklah diungkapkan, iman satu mukjizat yang diperlukan oleh seorang yang bernama manusia.
Mukjizat ini kalau ditatang bagai minyak yang penuh, akan lahir mukmin sejati, sama ada doktor, jurutera, juruukur, jurutaip dan segala juru yang ada. Hatinya penuh yakin dengan keesaan Allah. Dia satu-satunya yang layak disembah, yang wajar didahulukan dalam setiap urusan. Yang didamba oleh seorang hamba yang beriman adalah redha Tuhannya. Hala tuju, perancangan, impian dan wawasan semuanya menjurus kearah menggapai redha Allah.
‘Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya’ (Al-Kahfi : 110)
Mukmin itu pengharapannya hanya pada Allah. Tawakalnya tidak ada pada yang lain selain Dia. ‘Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah jika kamu orang-orang beriman’ (Al-Maidah:23). Menyelusuri sirah para rasul, terpancar ketinggian tawakal mereka pada Allah. Mengambil Nabi Ibrahim a.s sebagai contoh, tatkala baginda meninggalkan Hajar dan Ismail di tengah-tengah padang pasir yang kontang. Ismail, anak yang dinanti sekian lama, yang ingin dilihat tawanya saban hari, yang ingin disandarkan segala harapan dan cita-cita. Tapi,apabila datangnya sebagai perintah daripada Allah, Ibrahim terima selapang hati. Serahkan segalanya pada Allah kerana yang pasti, segala yang dititipkan olehNya, tidak ada natijahnya kecuali yang terbaik untuk seorang mukmin.
Begitu juga ketika Nabi Muhammad menenangkan Abu Bakar tatkala kafir Quraisy semakin menghampiri tempat persembunyian mereka di Gua Thur. Sedikit lagi mata dihala ke bawah, akan terlihatlah kaki-kaki mereka. Tapi, hakikatnya Allah yang menentukan sama ada orbicularis oculi itu perlu ‘contract’ ataupun tidak. Indahnya kalam Nabi s.a.w, “Apakah sangkaanmu, bila kita berdua, maka Allah yang ketiga”.
Iman itu, bila menjadi pemastautin tetap dalam hati, bakal melahirkan jiwa yang bersedia untuk taat dan berkorban demi Allah dan Rasulnya. Rasulullah sendiri mengorbankan seluruh hidupnya ; waktu, usaha, keluarga, harta, negara segalanya demi memastikan risalah Islam sampai kepada generasi hari ini dan akan datang. Contohilah baginda jika Allah dan syurga menjadi impian.
Kutiplah semangat pengorbanan yang dizahirkan oleh para sahabat. Cemburu dan akurnya Umar Al-Khattab pada darjat pengorbanan Abu Bakr. Umar kata, hartanya separuh untuk Islam, separuh lagi untuk keluarganya, tapi Abu Bakr kata, hartanya semua untuk Islam. Lalu keluarganya bagaimana? “Aku tinggalkan pada mereka, Allah dan rasulNya”. Tanpa ragu-ragu.
Sekilas pandang, hambanya kita hamba yang bagaimana? Sabarkah kita bila diuji, bersyukurkah kita bila diberi nikmat? Tawakal kita setinggi mana? Kadangkala terlintas juga di hati si anonymous, “Walaupun aku study sempoi je, tp sebab otak yang cepat pick up, aku excel jg” . Di mana Allah kita letakkan bila mengungkap kata-kata itu? Kita sering sedar akan nikmat dan kelebihan yang ada, tetapi sering lupa menghargai Yang Maha Mengurnia. Istighfar sebaik penawar. Pengorbanan kita sebesar mana? Kata seorang soleh, berkorbanlah mengikut keperluan orang yang memerlukan bukan berdasarkan kemahuan orang yang ingin berkorban.
Susahnya…mulalah dari sekarang, merangkak, menapak, berjogging dan berlari. Terus berlari, menggapai redha Ilahi. Hadapilah peperiksaan yang menjelang ini sebagai seorang hamba yang sanggup berkorban tidur dan rehat, usaha dan usaha diiringi tawakal serta solat, agar dilimpahi Allah kurnia yang tiada had.

0 ulasan:
Catat Ulasan