Jumaat, Mei 20

Salam Ukhwah buat kamu sayang~


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Segala puji-pujian yang amatlah tinggi buat Sang Pencipta segalanya, zat yang Maha Tinggi, yang Maha memberi tanpa meminta dibalas, cintaNya sentiasa ada untuk hamba-hambaNya, semoga kita semua sentiasa menjadi insan yg dipilihNya untuk merasai dan menikmati liku2 perjuangan mencari keredhaanNya. InsyaAllah biiznillah.

selawat salam kerindu-rinduan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kekasih tercintaNya, ia insan teristimewa di sisi Pencipta. Alangkah indahnya jika dapat bersama baginda. Allahuma Solli ala saidina Muhammad. (Aku berdoa supaya aku berada di belakangmu wahai Rasulullah ketika Engkau mengibar-kibarkan bendera keagunganmu di Mahsyar) aku rindu akan syafaatmu wahai kekasih Allah.

Salam sayang dengan penuh rasa cinta serta harapan dan kesyukuran yang membulat ana titipkan buat ayahanda dan ibunda tercinta. walaupun anakandamu ini sudah mengerti akan cintamu kepadaku teramatlah besar dan tidak terhitung, aku tetap ingin menyatakan aku juga cinta pada kalian. Semoga cinta sampai ke Syurga. Juga buat pemuda yg sudah ditetapkan buatku, sekiranya ada.

Ukhwah itu Indah

sebelum ni ana tak pernal kenal ukhwah. bagi ana pabila persahabatan sudah terjalin, itu bermakna ukhwah. tetapi hakikatnya ukhwah itu sangat berbeza dengan persahabatan biasa. Ukhwah itu terbina kerana hati-hati yang terpilih sama-sama mencari cinta dan redha Allah.

bertemu dan berpisah kerana Allah.

ukhwah ana mula terjalin ketika ana bersekolah menengah, bagi ana agak terlambat. tidak mengapalah, lebih baik lambat daripada tak dapat langsung kan? ukhuwah diantara ana dgn sahabat seusrah, cukup indah dan ada juga suka duka yg kami lalui bersama. buat Ummi Murabbiku tersayang, mumtaz syukran kerana sudi membimbing dan memberi peluang kpd ana merasa nikmat ukhuwah lillahi taala.

buat kak mj, i really miss "that" moment. luv lillah!

buat naqibah2 tersayang, kak syahadah dan kak Aqylah, teruskan perjuangan kalian dalam membina dan menyebarkan indahnya menjadi individu muslim khasnya buat adik2 usrah kalian. kenangan bersama kalian tersangatlah indah ^_^.

Akhawat di Ipg, hati-hati kita bersatu kerana Allah Taala. ketahuilah, sesungguhnya Dialah yang mempertautkan hati-hati kita. semoga kita semua tabah mengharungi liku2 perjuangan dakwah dan tarbiyah, sabar dan redha dengan ujian, mehnah dan tribulasi yang menimpa. jadikanlah ia mahar untuk kira semua ke Syurga kelak. sayang kamu fillah!

0 ulasan:

 
400556 323089781069043 100001040723446 1079066 4


Jemput Masuk ke Blog Saya ^___^