kita ditaraf hamba

Senyumku hanya untuk-MU

Dikaulah Ibu buat Murabbi 08

7 Disember 2011
08:18:20 pm
Rabu


-------------------------------------------
A message received...
from  +6017------9


--Assalamualaikum Shah, 
next sem saya akan bertukar ke IPG Ilmu Khas. 
Saya sedih akan tinggaalkan anak-anak usrah 
saya semua.--

-------------------------------------------

bagai anak kehabisan susu
bagai awan hujan tergantung di atasku
permata itu meninggalkan aku?
apa benar kamu yang pergi dahulu?

"jangan bersedih ya ibuku"

hati sudah tidak sesedap sesaat lalu
degupan jantung makin lemah bertalu-talu
apa benar tangisanku sudah tidak berlagu?
ya benar kamu yang pergi dulu!

"jangan menangis ya ibuku"

kamu perlu pergi, aku tahu!
kamu tak kuat untuk itu, aku tahu!
kamu belum puas meluahkan segalanya kepadaku, aku tahu!
kamu kerja kan ibu? aku tahu!

aku doakan kekuatan itu milik ibu
semangatmu ada untukku
Allah sentiasa di sisi kamu ibu
menyampaikan rasa rinduku

Aishah Imtiyaz
Tetamu Dataran Syuhada

----------------------------------------------

a message sent..
--  .... buat ibu yang dikasihi, Allah sangat suka pada hambanya yang cekal dan tabah bu,
aku memang tak kuat tuk lepaskan ibu pergi, namun cukuplah dengan segala tunjuk ajarmu akanku ikuti, ibu jangan sedih, kami bersyukur sangat dapat ibu yang hebat macam ibu, ketahuilah ibu, ramai lagi hati-hati yang perlukan sentuhan ibu, kenangan bersama ibu akan tetap terpahat di hati murabi o8 itu. Sayang ibu! --

-----------------------------------------------

a message received..
--terima kasih aishah, .. anak ibu yang matang dan tenang di kaca mata ibu, panjang umur kita jumpa lagi.--

-----------------------------------------------

a message sent
-- InsyaAllah ibu, Cinta kita sampai Syurga! --

------------------------------------------------

a message received
-- InsyaAllah ada masa yang pasti, ibu akan datang IPIS untuk jumpa anak-anak ibu --

------------------------------------------------


Buat Sahabat Murabi 08

apa puas hati kamu?
biarkan ibu pergi melulu?
apa sudah kamu balas segala jasa ibu?
aku juga sama seperti kamu!

kita sering lupa pesanan ibu!
kita sering sakitkan hati ibu!
inilah balasan kita untuk pengorbanannya dulu.
tangisan itu memang sudah tidak berlagu.

namun, wahai ibu,
kami sentiasa lakukan yang terbaik untuk gembirakan hati ibu
"ibu, kami dapat nombor satu dalam pertandingan itu...!"
"ibu, kami terpilih untuk mewakili itu...!"

kita selalu jadi kebanggaan ibu
kita mohon sentiasa jadi bahan senyuman ibu
itu rupanya yang ibu mahu
ibu mahu kita selalu ingat Yang Maha Satu!

2 ulasan:

pasti ibu kamu bahagia memiliki kamu
uhibbuki fillah

 
Mohamad ibnu Sanusi

Buat Sahabat Murabi 08

apa puas hati kamu?
biarkan ibu pergi melulu?
apa sudah kamu balas segala jasa ibu?
aku juga sama seperti kamu!

 

sila bagi ikan saya makan ye ^_^