Pengikut

Rabu, Februari 17

Catatan 4: كن رهبان بالليل والفرسان بالنهار

كن رهبان بالليل والفرسان بالنهار...
Jadilah rahib di malam hari dan pekerja di siang hari..

Subhanallah.. bunyi macam mudah sajakan? Padahal hakikatnya perlu kepada mujahadah yang jitu dan istiqamah.

Apabila setiap hari membutuhkan tahajud, hafaz Al quran dan zikrullah akan menghidupkan jiwa2 yang lemah. A'la bizikrillahi tatmainnal qulub. Kadang2 aku juga rasa tak tenang, namun hanya solat dan zikullah penawar ajaibnya.

Berpagi pagian dengan membersihkan diri. Niatkan yang baik2 untuk diri dan keluarga. Susun masa dengan teratur. Didik diri lakukan solat dhuha. Ianya bukan sahaja meluaskan pintu rezeki malah lebih menyegarkan setelah penat menuntut ilmu atau bekerja di awal pagi.

Aku sangat rindukan zaman talaqqi di masjid ipg. Ianya satu cara bagaimana aku boleh mendalami ilmu agama. Huhu. Aku cuba menonton kuliah2 dan madrasah ilmu di tv al hijrah atau oasis. Moga2 bermanfaat dalam keadaan aku belum mampu untuk keluar rumah berguru.

Aku selalu berdoa dan usaha untuk menjadikan diri bermanfaat untuk masyarakat. Menggauli keluarga dengan baik. Bersilaturrahim bersama saudara mara dengan mesra. Memelihara hak jiran. Moga istiqamah hendaknya.

Seharian penat bekerja. Maka Allah menciptakan malam untuk berehat. Aku selalu juga tidur lewat masa zaman belajar dulu. Tapi cara nak bangun tahajud adalah aku amalkan puasa sunat. Jadi mudah untuk bangun awal.

Sekarang bagaimana?

Kata2 arab ini benar2 untuk aku rasanya. Sebab sekarang ni aku agak sibuk dengan dunia sehingga kekadang lupa dengan Dia. Allah ='(...


Catatan 3: ابقي قويا

ابقي قويا..stay strong

Fuhh.. mengeluh lagi kali ini. Hamba itu sifatnya lemah, tidak kuat. Kadang2 ada kekuatan itupun dari Tuhan. Mengeluh lagi dan lagi.

Sejak whatsapp tak dapat baiki lagi, aku jarang pegang fon. Aku sedang ajarkan diriku bagaimana tidak bergantung hidup pada alat itu. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Lebih baik aku berdiam dan fokus kerja dan ibadah. Alhamdulillah hanya teruskan bersabar untuk ia pulih semula.

Jujur aku katakan semakin meningkat dewasa ini, makin sukar untuk aku melawan khusyuk dalam solat. Ada saja yang terlintas, cepat2 istighfar dan terus memahami makna bacaan solat.

Astaghfirullahalazim.. dengan siapa sebenarnya aku bertuhan ni? Rabb, kali ini aku benar2 mahu mengeluh lagi. Kini aku penat Rabb.

Aku mahu Engkau Ya Qawiy. Ya Qawiy. Ya Qawiy. Taknak selain dari Engkau. Tolong aku Rabb.

Ahad, Februari 7

catatan 2: Rabbukum aa'lamu bikum


Tersentak seketika menghayati kalam Rabb yang ini. Tidak berganjak mataku dari memandang baitnya pada mushaf. Bagaikan bumi berhenti beputar. Jam juga bagai berdetik bisu. Aku keasyikan melihat Tuhanku di dalam ayat itu. "Subhanallah..hebat benar Tuhan aku.. " dalam kebisuan aku bermonolog. Kagum! Ya.. beribu kali aku sudah membacanya sebelum2 ini. Tapi lain pula penghayatanku kali ini.

"RABBUKUM AA'LAMU BIKUM" - Tuhan kamu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kamu

Ya Allah.. benar! Kali ini benar2 terkesan. Atas apa yang sedang aku lalui. Begitu pantas di luar perancanganku dan batas kemampuanku. Mengapa selalu begini? Tatkala aku bermasalah dan meminta pertolonganMu, lantas Kau jawab keraguanku. Tidak syak lagi.. malah aku bertambah2 keyakinan yang Engkau yang menciptakanku. Masakan tidak? Hanya Pencipta yang tahu kelemahan ciptaanNya. Wahai orang2 yang masih berpaling, kembalilah kepada Allah, Tuhan yang hak untuk disembah. Kalian carilah Dia, Dia akan datang pada kalian. 

Terima kasih Rabb, aku bersyukur kali ini tatkala keputusan temudugaku lulus dengan cemerlang dan aku bakal menjadi guru. Pada bahuku tanggungjawab mendidik anak2 kecil. Ya Sami' Ya Basir.. Engkau yang Maha mendengar luahanku dan Engkau jua yang maha Melihat kekalutanku. Dalam kegembiraanku, aku sebenarnya risau di mana akan aku ditempatkan nanti. Memandang wajah abah mama saja sudah membuatkan mataku berkocak Rabb ='(.

Kuatkah aku nanti? Mampukah aku hidup sendiri? Boleh balik selalukah jenguk mereka?.. Ya Allah, zalimnya aku ini. Apakah aku tidak yakin atas perancanganMu? Padahal Rabbukum aa'lamu bikum!. Apa yang aku takutkan sangat? Engkau kan ada! Tuhan yang selama ini memeliharaku.. Engkau jua yang memelihara keluargaku. Allah.. benar Rabb, kali ini aku meminta lagi. Aku mahu minta lagi. Peliharalah kami Rabb. Kuatkan aku Rabb. Hangatkan bara cinta kami sekeluarga andai ditakdirkan kami akan berjauhan..

Kerna aku yakin Tuhanku lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.. 
Kesat air mata, senyum dan teruskan tilawah yang tergendala..

Jumaat, Februari 5

catatan 1: Bismillah akan ku mulakan semula

Bingkisan terakhir dahulu adalah tentang arwah azem, sejak tu aku takut untuk update apa2, terbayang2 catatan komen arwah dalam blog ini. Alfatihah buat sahabat seperjuangan.. kini beberapa tahun berlalu kau bertemu Tuhan kita. Sampaikan salam kecintaanku pada Rabbku jua azem.

5 tahun setengah masa berlalu, aku dah graduate. Bakal ustazah.. doakanku dapat mendidik anak bangsa kenal, faham dan cinta agama Allah. Agama yang hak. Itulah matlamat utama. Aku jua mahu anak2 muridku cinta Bahasa Arab. Walau aku belum pakar dalam Bahasa Arab, dengan ilmuku yang sedikit ini.. aku dan anak2 akan menanam cinta mendalam menguasai bahasa indah ini.

Di akhir pengajian, status diriku jua sudah berubah. Sekelip mata, semuanya atas aturan Allah. Ianya begitu sukar untuk dipelihara. Namun, kami yakin.. usaha kami memeliharanya akan dilihat Tuhan. Allah sangat memahami hamba2Nya. Aku yakin atas pilihan istikharahku. Kerana aku bukan saja2 menerimanya, malah aku berjuang dalam membuat pilihan. Aku tidaklah cantik, tapi baru ku sedar wanita yang berusaha menjadi baik.. akan hadir lelaki2 yang baik juga dalam hidupnya. Maka pilihlah yang terbaik dari pandangan hati dan petunjuk Rabbmu.

Ya Rabb, kumohon kuatkan iman kami dan keluarga kami dalam memelihara kebahagian yang Engkau sediakan buat kami. Hindari kami dari kufur nikmat. Ingatkan kami selalu untuk syukur dan berterima kasih padaMu Rabb. Redhai kami. Rahmati kami sampai saatnya.

Setelah berehat begitu lama.. Bismillah, akan ku mulakan semula.

Jumaat, November 22

Moga tenang rohmu sahabat

Assalamualaikum WBT.

Salam penuh kasih sayang kutiupkan buat sahabat seperjuangan di medan dnt. Warkah ini khas kutulis buat salah seorang insan yang cukup mengesankan jiwaku. Kini, jiwaku hidup. Syukur Ya Rabb, Kau temukan kami. 

Tak mampu nak dilupakan. Saat indah perkenalan yang dipelihara, tika zaman persekolahan tidak pernah sepatah berbicara dengannya. Apatah lagi memandang mukanya. Ya, tidak ada apa yang penting ketika itu. Ianya berterusan hingga kami meninggalkan sekolah itu dengan memori yang sangat indah. 2 tahun saja. sangat tak cukup nak mengenali seseorang, lagi2 berlainan jantina. Jauh sekali.

hampir setahun berlalu, beberapa teman mencari-cari beliau. Ada yang kata, lamanya dia menghilang tanpa khabar berita, tanpa angkat call, tanpa balas mesej, tanpa ada laman sosial, serius sangat susah teman nak berhubung. Saat itu, aku pun mula tertanya-tanya, yang mana satu orangnya ni? kelas yang mana? berjawatan apa tika di sekolah dulu? serius memang tak dapat nak ingat iras wajahnya.

Wajah yang bersih.. janji Allah buat Azem


kumulakan pencariannya di dalam buku ajab The Red Blood. Alhamdulillah, akhirnya dapat cam orangnya. Tak kisahlah bagaimana dia di sekolah dulu. Kita hanyalah bertaraf hamba. 

Tak lama kemudian, muncul seseorang di ruang komentar laman blogku. Logo sekolah? tersenyum sebentar, sebujur logo itu punya seinfiniti memori indah bersama. Warnanya terus menangkap mata langsung menusuk ke lubuk hati.sumpah! sangat indah. Ku lihat profilenya. Hampa... tiada apa yang boleh dikenalpasti penulisnya. Namun kebanyakan blog rakan sebatch difollownya. Dapat kuagak, ia pasti rakan sebatchku. Penuh sabar kubaca tulisannya, tika itu hanya beberapa post saja, persis baru dibina lamannya. Tulisannya penuh ratapan seorangan hamba. Taubatnya atas segala khilafnya. Kurasakan keikhlasannya. 

Aku mula mengikuti perkembangan penulisannya, dia mula menulis soal usrah, soal jemaah, soal perjuangan, soal jihad, soal SYAHID. diriku mula rasa kerdil. sekelip mata terikat hati atas dasar jalan perjuangan yang sama, walau medium kami berbeza, matlamat kami tetap satu, Allah itu yang utama. kurasakan, jiwanya hidup dan menghidupkan jiwa yang lain. terbayang hatinya yang kian bersih dari tompok2 hitam jahiliyah dulu. Sumpah, cemburu dibuatnya. Namun, kuyakin Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Pengampunnya Dia, akhirnya lahir pemuda penuh hamasah buat Ummah. 

Tiba-tiba dapat kurasakan bahawa dia adalah kawan kami yang katanya menghilangkan diri itu. Tak tahu bagaimana tiba-tiba boleh merasakan dia adalah orangnya. Kini dirinya yang lain, persis dilahirkan semula. jiwanya sangat bersih melalui ungkapan tulisan-tulisan di blognya. 

Azem seorang kepimpinan di universiti
Namun, Allah itu telah menulis jalan buat kita semua, termasuk dirinya. Saat aku pulang semula ke maktab atas tugas penting. memandu seorang diri, berdebar, tak selesa. aku dikhabarkan pemergiannya. Ya Rabb, benarkah dirinya yang Kau ambil dahulu? begitu cepat?. Innalillahiwainnailaihirajiun. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali. Bebola mataku kian panas, terasa longlai badanku, jatuh melutut. mengalir cecair panas di pipi. Eh, mengapa menangis buat lelaki ajnabi? MasyaAllah, ini buakan tangisan biasa2, tangisan sedih buat jiwa pemuda yang diperlukan Ummah. maka berkuranglah jiwa yang akan ikhlas berjuang di jalan Allah. maka selepas ini, tiada lagi update tulisan2 jihadnya, tiada lagi perkongsian usrah, rehlah,jaulah, tamrinnya. 

akhirnya, tekaanku selama ini benar. dialah yang menulis di blog itu. dialah yang selalu menyatakan rindu kepada kawan2 sekolah dahulu, dialah yang setia menggunakan sebujur logo sekolah sebagai gambar profilenya, dialah yang menyatakan moga ukhuwah sampai ke Syurga. kini dia dahulu dijemput Allah itu bertandang ke SyurgaNYA. 

Ya Rabb, Kau pelihara jiwa yang bersih. Kau ambil dirinya tika usianya yang muda, yang baru sahaja disentuh Hidayah. Kau ambil dirinya tika jiwanya semangat berjuang untuk agamaMU. Begitu mulia pemeliharaanMU Rabb. Sumpah! Aku kini mencemburui arwah. Aku juga mahu sepertinya. Ya Rabb, ku mohon Kau pergikanku dalam keadaan yang baik. 

Teringat saat pertama kali dan terakhir kalinya bertemu arwah di kenduri kak farah (kakak kepada arwah luqman sahabat baik arwah). Sempat ku lihat kelibatnya. Sungguh bersih wajahnya berkopiah dan berbaju melayu melambangkan kebersihan hatinya. Tidak ada bicara sepatah pun, namun hati kami berbicara "teruskan semangat juangmu sahabat, moga Allah redha, ayuh bawa juga rakan-rakan kita mengenal Dia di jalan dnt" 

Moga tenang kau di samping Pencipta. ku mohon ada doamu buat diriku yang masih meneruskan perjuangan di muka bumi, moga ketemu buat kedua kalinya di Syurga. lambai aku dari atas sana. Moga ada doa buatmu sahabat dari insan-insan yang pernah kau santuni. 

Buku-buku bacaan arwah Azem

sahabat... kau dengarkan setiap butir kata2 ummi mu?

"Along....dlm keadaan airmata mama yg bergelingan ini mama tabahkan hati dan kuatkan semgt utk meniti hari2 mendtg tanpa along disisi.begitu cepat along tinggalkan mama ayah dan adik2 semua.mama belum puaa hidup bersama along krn dr ting satu along dah msuk sek asrama kemudian ke matrik dan ke u.tp ketentuan takdir tidak ada sesiapa yg dpt menghalang.kami semua telah redha....setiap hari ayah mama dan adik2 tak jemu2 ke pusaramu utk menghilangkan kerinduan pdmu..damai dan tenanglah along di sana ya...bayanganmu yg berjubah putih seolah2 tersenyum dan melambai2 pd kami ketika kami nak pulang.begitu juga dlm rumah bayangan along ada di mana2 dan seolah tersenyum gembira.apakah tandanya memang along memang tenang dan damai di sana.moga Allah tempatkan dirimu dikalangan org2 soleh dan para syuhadah..Al-fatehah.." -ummi

kau tahu... ianya sangat lembut, tenang penuh redha atas pemergianmu
walau kesakitannya melahirkanmu sampai kini masih kuat terasa
namun, aku yakin, kesakitannya melahirkanmu kini terubat dek melihat anaknya kini tersenyum ketenangan di samping Pencipta
sungguh bangga ayah dan ummi mu sahabat
moga aku jua membanggakan abah dan mamaku di akhirat nanti.
aku juga mahu membahagiakan mereka, persis dirimu. amin Ya Rabb

pertemuan antara kita memang tak pernah dirancangkan
kerana ada kuasa hebat yang telah menulis buat kita
persahabatan yang terikat atas dasar iman
atas dasar pejuangan dan semangat dnt
sangat manis rasanya, 
tiada senda gurau, tiada ikhtilat
suci kerana ia hanya buat Pencipta

November 15, 2013. Mohd Azem Sameer bin Noor Zamri. 

AL-FATIHAH