Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Dunia masyarakat islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia masyarakat islam. Papar semua catatan

Rabu, September 15

Dear Palestina..



biar orang nak kata apa! aku memang budak palestin!
aku akan berkorban apa sahaja demi Al-Aqsa tercinta!
kita ni pengganas ke wahai umat islam sekalian????

adakah budak kecil yang melontar batu terhadap yahudi yang bangga diri hidung tinggi di dalam kereta kebal itu dikira kejam? mana yang lebih kejam? tepuk dada anda tanyalah iman anda!

sebenarnya ANDA yang kejam! apakah usaha anda membantu palestina? dengan gelak ketawa? berapa ketul sangatlah yang nak follow Viva Gaza tu..semua dok pakat takut dengan yahudi.. mana semangat juhad anda wahai syabab ??? tolonglah!

kenapa nak berdiam diri atau sedang merosakkan diri tatkala tanah suci umat islam dijajah laknatullah ??

wahai umat islam sekalian!...
bukalah mata hati. kekejaman israel laknatullah takkan berhenti selagi tiada yang bangkit menghentikannya!

persoalan tentang palestin. persoalan untuk kita juga! kenapa nak bebankan kepada palestina sahaja? Al-Aqsa itu milik umat ISLAM! sedarlah wahai umat islam sekalian ...

Al-Aqsa milik kita!!!
Ummat islam sedunia seramai lebih 300 JUTA anggota .Tapi mengapa tidak dapat mengalahkan hanya 5 JUTA penganut yahudi???

Mana jiwa2 muslim yang lain?TElah matikah kalian?Atau kalian sudah tidak lagi mempunyai jiwa?


Mereka menuduh kita pengganas,
mereka merampas tanah kita
mereka sembelih saudara kita,
mereka cabul kehormatan kita...

Tapi sampai bila KITA harus berdiam diri??

bangunlah!

"Menyokong penduduk palestin di GAZA adalah KEWAJIPAN agama pada setiap Muslim dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut.Umat islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di GAZA"
-Syeikh Yusuf Al-Qardhawi



Selasa, Jun 1

Mavi Marmara : Bertaqwa dan Berjihadlah Saudaraku

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Mavi Marmara : Bertaqwa dan Berjihadlah Saudaraku
www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube



Semalam, dunia dikejutkan dengan serangan askar Israel terhadap konvoi kemanusiaan yang membawa ratusan aktivis pro-Palestin dari pelbagai negara. Seluruh dunia bersedih,pilu dan berdukacita dengan berita serangan dan pembunuhan yang berlaku.

Pastinya, serangan askar Israel terhadap kapal Mavi Marmara adalah satu tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Misi murni 'Flotila Kebebasan' untuk menghantar bantuan kepada rakyat Gaza mungkin tidak mampu dicapai, namun sebenarnya mereka telah berjaya. Mereka sukses memberikan mesej kepada seluruh dunia bahawa Israel adalah jahat dan kejahatan mereka semakin menjadi-jadi.

Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri."
(Surah Al-Maidah, 82)

Alhamdulillah, saya dapat menghubungi seorang rakyat Palestin yang pakar dalam 'Jureselem Studies', Dr. Abdullah Maarof sebentar tadi untuk membincangkan isu ini. Beliau kini merupakan
'senior visiting lecturer' di Universiti Malaya. Menurutnya, serangan semalam menyebabkan banyak negara mengutuk keras tindakan mereka termasuk negara-negara yang pro-Israel. Selain itu, hampir semua media menyiarkan apa yang telah berlaku. Sudah pasti berita-berita tersebut mampu mengubah persepsi sebahagian masyarakat dunia yang masih menyokong Israel atau yang masih kabur tentang kezaliman Israel.

Menurut Dr. Abdullah Maarof, Israel dapat menguasai Palestin kerana mereka menguasai ekonomi dan media. Mereka menggunakan media untuk meraih simpati masyarakat dunia dan melobi kuasa ekonomi antarabangsa. Namun, peranan media dalam menghebahkan peristiwa semalam pasti mampu menyuntik semangat dan kesedaran di kalangan masyarakat dunia terutamanya Muslim untuk terus membantu membebaskan Palestin.

"Kemungkinan kerajaan Israel tidak menjangka untuk membunuh ramai orang dalam kapal Mavi Marmara. Namun pembunuhan yang berlaku (dan ramai yang dibunuh) pasti ada kesannya akan datang," kata Dr. Abdullah Maarof.


Jika kita membaca forum-forum internet seluruh dunia, bukan sahaja ahli forum Islamik yang mengutuk tindakan ganas itu, malah banyak forum lain yang hangat menyatakan kebencian mereka seperti muselive.com dan macam-macam lagi.

Apabila ditanya tentang kemungkinan akan berlaku peperangan besar sekali lagi di Gaza, pakar 'Juruselem Studies' itu memberitahu bahawa ia mungkin berlaku. Selain itu, Hamas telah mengisytiharkan 'intifada' untuk menentang kezaliman Israel.


Firman Allah SWT :

"Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu."
(Surah Al-Maidah, 62)


Peristiwa semalam sepatutnya membuatkan kita sedih dan simpati. Kesedihan itu mestilah kesedihan yang memberikan kita inspirasi untuk terus berusaha (mengikut kemampuan masing-masing) membebaskan Al-Quds; tanah suci kita.

"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)."
(Surah Al-Maidah : 55)


Allah SWT menjanjikan kemenangan untuk umat Islam. Adakah kita ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang berjuang untuk kemenangan itu? Fikir-fikirkan.

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan."
(Surah Al-Maidah : 35)


Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dan berjihad di jalan-Nya.