Pengikut

Memaparkan catatan dengan label diri ini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diri ini. Papar semua catatan

Isnin, Januari 23

Generasi Murabbi 08... MABRUK!



Wah... wah... CALON JPP ANDA!
UNDI JANGAN TAK UNDI!
TAK UNDI ANDA YANG RUGI!blogger-emoticon.blogspot.com




Alhamdulillah wa syukurillah atas Rahmat dan Iradat Allah kita masih lagi bernafas, menghirup oksigen percuma belas ehsan daripada Allah. Saaaayanga Allah ^___^.



SYUKUR! SYUKUR! SYUKUR!
ana dan sahabat Murabbi 08 yang menjadi calon JPP 2012/2013 telah berjaya mengharungi minggu percalonan pada minggu lepas DENGAN TENANGNYAblogger-emoticon.blogspot.com~ (ngeh... statement tak jujur =_="... hehe )



Memang nampak TENANG pada zahirnya..
tapi DEBAR dalam dada, Allah je yang tahu... huhu



Malam Manifesto yang sangat GEMPAK
terasa kekerdilan diri..hohoho
adik2, kakak2, abang2 yang pantas berbicara...
mengemukakan JANJI MANIS untuk warga PENGUNDI..
tak ketingggalan.. ada juga yang bagi tazkirah kat atas pentas tu... ^__^
....insaf sekejap T_T





Calon Murabbi 08?
tersenyum ana sorang2 bile tengok gelagat classmate sendiri...haha
ada yang cam gitu~
ada yang cam gini~
ada yang... hmmm tak nak cakapla ~ hahahaha (gelak tergolek2)
ana? cam kartun je... but still comel la~hahaha blogger-emoticon.blogspot.com



MASA YANG DITUNGGU2 TELAH TIBA :)

SANGGUP KE NAK DENGAR?
MAMPU KE?



adoy, tetiba syaitan berkelah pulak kat kepala otak ni...
"betul ke apa kau buat ni Aishah?... aku cam ragu2la dengan ko ni... tak layak kot..."

WAH2 encik syaitan yang direjam telah meragukan keputusan yang dah dibuat.. NYAHH KAU!!



"TAWAKAL YEA" - kata2 penyuntik semangat dari ukhti telah memperlahankan degupan jantung ini ^__^blogger-emoticon.blogspot.com



akhirnya________

JPP 2012/2013
  • Yazid Bin Isa
  • Siti Nur Syakirah Binti Ismail
  • Nur Aishah Asyiqin Binti Haron
  • .......


"ALLAH ATURKAN SEMUA INI"
"ALLAH TAHU APA DIA BUAT"
"REDHALAH KALIAN ATAS QADA' DAN QADARNYA"
"LAKSANAKANLAH AMANAH DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB"
"INI BUKAN KEMAHSYURAN !!! TAPI AMANAH YANG SANGAT BERAT"


kata-kata dari Ketua Kuliah blogger-emoticon.blogspot.comyang sempat ana copy dari fbnye..

"3 out 5.. not bad.. and never forget that the result is from Allah not from the vote of the students.. His choice is the best for all of us.. we must accept it with preparation and think positively ... have a nice time in this CNY.. dont waste your time or you will become a waste in front of HIM.."

Wah.. tersentuh kan... ^__^blogger-emoticon.blogspot.com



blogger-emoticon.blogspot.com ok..daaaa....salam mahabbah buat entum ^__^





blogger-emoticon.blogspot.com"HARI INI PASTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM"

Khamis, Jun 9

saya bukan ustazah =_="


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

hayatilah kisah ini ye... InsyaAllah ada manfaatnya. sama-samalah kita mendoakan.
Awak ambil kos pendidikan Islam ea...? ”http://www.emocutez.com( eager to know! ) 07

http://www.emocutez.com “Tidakla…”

“Habistu??? Aaaa mesti ambik kos bahasa arab kan kan kan…”
http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com“Tak jugak, saya kos matematik la…”

“Lor saya ingatkan awak usatazah td…”http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com “…....”

Hmmm soalan2 sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung bulat je orang ingat pelajar jurusan agama/bahasa arab…


http://www.emocutez.comHaishhh… Saya bukan ustazah, bukan juga anak ustaz, budak sekolah arab pun bukan, apatah lagi belajar bahasa arab… tak pernah sekali pun, nehi hei babuji…

Saya bertudung labuh sebab saya seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan saya memakai tudung labuh ?... Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
Ada juga yang menyangka bila seseorang itu berlabuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.


"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri mampu mendidik si pemakainya…


http://www.emocutez.com“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”


Bolehlah dikatakan begitu… cuba awak bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pergi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh kita kan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat,http://www.emocutez.com terkinja2 tengok konsert, menjerit2 macam kena hysteria… http://www.emocutez.comkan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai… hak tuihhhh :P Ish3…. Nauzubillah… Bila jalan-jalan kat mana2 jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…
“Assalamu’alaikum ustaaah… tak jawab dosa taw”http://www.emocutez.com


Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik, tapi kalau yang seksi-seksi pakai baju macam pembalut nangka, tudung singkat sampai nampai Nampak leher jinjang, pak imam pun boleh melayang kopiah. Kerana sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggak lenggok, http://www.emocutez.comustaz pun gigit jari taw, apatah lagi yang lemah imannya.http://www.emocutez.com


Kadang2 lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

http://www.emocutez.com“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya ?”
“Sebab saya tengok awak alim je”http://www.emocutez.com

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh??? Awak lelaki kalau benar2 mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya… “ Iye walaupun kami bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan kami kedekut ilmu, sombong, setakat ilmu yang ada bolehla kami share2 kerana ilmu itu bila kita beri ia makin bertambah. kami juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin, kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan.Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Kami juga perlu dibimbing, dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma kami cuba jadi yang terbaik, apa yang kami mampu lakukan, kami kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat. Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan ye...

Rabu, Disember 29

aiwa2 selamat datang sem 2 [PPISMP 2.08]



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

subhanallah ! alhamdulillah! lailahaillah! Allahuakbar! segala yang berlaku adalah ketentuannya. letakkanlah kesyukuran di tingkat yang tertinggi.

Semoga Allah senantiasa Memberkati dan Merahmati kita serta membantu kita supaya Istiqamah di jalan-NYA ini, Insya Allah. Memang mustahil bagi kita hambaNYA yang hina tetapi tidak mustahil bagiNYA tuhan bagi sekalian alam dan makhluk.

Salam sayang salam dakwah dan salam ukhwah dengan penuh cinta, lafaz dan harapan ustazah tujukan buat ayahanda dan bonda tercinta, abang dan adik2 , guru2 dan sahabat2 serta pemuda yang dijanjikan Allah untuk ustazah kiranya ada yang disayangi dan dirindui kerana Allah SWT.

bagaimanalah rasanya untuk menghadapi semester yang baru ini. semua berwajah yang dulu tetapi berjiwa baru. tentu lebih cabarannya di semester 2 nanti. bercampur baur perasaan ini.

tidak sabar + sedih+ gembira+nak menangis = EXCITED!

ahaaa ana makin berfikir! jauhlah wahai khuatir!

perjalanan hidup memang memenatkan. apa tidaknya dengan beban dan tanggungjawab yang semakin bertambah. tapi ada pilihan lain ke selain dengan MENERUSKANNYA?

"Agi idup agi ngelaban"

ingatlah wahai aisya. SEMAKIN SUSAH SEMAKIN INDAH! wah set mind nampak ^_^ kebahagian itu bukan hanya di penghujung jalan tetapi disepanjang jalan. so berbahagialah untuk memulakan langkah seterusnya. yeay

untuk sem 2 nanti...

1) redha dengan result sem 1 yang Allah akan beri nanti. bandingkanlah ia dengan usaha 'kamu' yang tak seberapa [ tapi itulah yang sebaik usaha...lillahitaala]


2) bersedialah dengan tanggungjawab yang baru. laksanakanlah dengan sebaiknya.

3) berendah hatilah dengan setiap perkara yang berlaku. berikan masa untuk berfikir dan mentafsir. semuanya dari Allah


4)dan yang terpenting. ana akan balik kampung sebanyak mana yang boleh! untuk mak dan abah ^_^ hehe yeke? macam menyusahkan jekan..


dengan langkah yang baru ... selamat datang semester dua... semakin dekat aku dengan kematian~~ T_T

Ahad, November 28

Ustazah to be....




Pertama-tama kalinya dan selama-lamanya syukur ke hadrat ILAHI atas sentuhan rahmatNYA terhadap hati-hati diri kita semua hambaNYA.

Di atas Ketenangan hati ini disapa hembusan lembut kasturi dek teruja degan kemerduan kalam suci Al-quranul karim.

Dinuzulkan kepada kekasihNYA kini melengkapi kehidupan insan perindu syafaat nabi.

Salam sayang dan penuh cinta dengan lafaz dan harapan ana ucap buat bonda dan ayahanda, abang dan adik amanah Ilahi,guru2,rakan2 serta buat pemuda yang dijanjikan Allah buat ana sekiranya ada insyaAllah.

Maaflah kerana terlalu lama blog ini sunyi dengan perjalanan pena seorang hamba Ilahi. Maaf kerana ana mengambil terlalu banyak masa yang ada untuk mentamrinkan diri ini. Terlalu banyak perkara yang perlu ana lakukan dalam mendapatkan ketenangan diri ana. mumtaz asyf ala kulli hal.

Sudah lama ana hendak kongsikan secebis pengalaman ana ni. Bukanlah untuk membongkar peribadi diri tetapi Cuma sedikit perkonsian buat sahabat yang belum mengetahui.

Nama : Nur Aishah Asyiqin Bt Haron

Umur : 19 ( 23/3/2011)

Hasil didikan : Haron Mokhtar & Shamsiah Hamjah

Amanah : Muhammad Umar Lufti , Muhammad Amar Mukmin , Muhammad Nur Rasyid

Madrasah : SK Seri Utama, Sg Besar - Sra integrasi Al-Ihsaniah, Sg. Besar - SMKA Simpang Lima, Sg. Besar – SBPI Sabak Bernam

Kini : IPG Kampus Pendidikan Islam [ Bahasa Arab Pendidikan Rendah]

YM : imaneiqyn [ kita boleh discuss lebih panjang lebar ]

Kenapa ana sibuk-sibuk nak kenalkan diri ni ? nak promote diri ke J ? hmm… sebenarnya ana suka nak kenalkan diri .saja praktis untuk anak-anak murid nanti ^_^. Yela ustazah to be la katakan.

kalau di baca post2 yang lepas ana ada tulis yang ana nak sangat jadi doctor. Bagi ana doctor ni pekerjaan yang mulia. Dulu ana nak jadi doctor sakit puan [ ^_^ dek malu dengan doctor sakit puan lelaki yang ramai].minat yang tertanam dalam diri ana ni rupanya bukanlah perkara yang terbaik untuk ana. Sebab ana ditakdirkan mendapat tawaran menjadi guru.

Alhamdulillah istikharah yang Allah janjikan bantuan dariNYA akhirnya membawa ketenangan dalam diri ana untuk memilih kerjaya sebagai seorang guru. Hmm mungkin tak dapat jadi doctor sekarang, dapat jodoh doktor nanti pun ok juga kan? Amin..Setelah diamati dari pelbagai sudut kerjaya seorang guru banyak kelebihannya. Mendapat peluang untuk mendidik anak-anak dengan norma2 mulia. Akhirnya mereka sendiri akan membawa norma2 tersebut ke dalam cita2 dan kerjaya mereka. Selagi mereka amalkan ilmu yang benar atas apa yang kita sampaikan selagi itulah ada bahagian pahala yang Allah janjikan buat kita. Hebat kan! Subahanallah.

ana berdoa supaya satu hari nanti ana bukanlah cikgu semata-mata buat anak2 murid tetapi mampu menjadi ibu buat mereka. Bagaimana ibu dan guru2 ana mendidik ana dahulu begitulah jua ana impikan buat anak2 murid ana nanti. insyaAllah. Bagaimana cara didikan dan asuhan Rasulullah terhadap umatnya, begitu jualah ana cuba usahakan. Bagaimana strategiknya teknik pendidikan di zaman nabi dahulu begitu jualah ana cuba terapkan. Sama-samalah kita semua perjuangkan.insyaAllah.

Guru ni kena banyak ilmu, pengalaman, kemahiran dalam pelbagai sudut pengetahuan. Sebab apa? Kerana bersedialah dengan persoalan2 anak2 yang dahagakan jawapan yang benar dari segi Al-Quran dan As-sunnah. Mampu memberikan Pendidikan dalaman dan luaran. Sebab apa? Supaya ilmu yang disampaikan mampu dipegang dan di amalkan degan hati anak2.Mesti wujud sifat seorang kaunselor dalam diri mereka.sebab apa? Kerana guru mesti menguasai psikologi anak2 (menarik perhatian mereka) Mesti mendidik diri dalam membentuk nilai2 dan sifat mahmudah dalam diri. Sebab apa? Kerana guru adalah qudwah yang terhampir buat anak setelah ummi dan abi mereka. Maka jadilah dan milikilah sifat qudwah hasanah Rasulullah. Berusahalah ke arahnya wahai insan yang bergelar guru.

Baiklah ana nak keluar sikit dari kotak pemikiran2 biasa. Cuba antum renungkan sebenarnya setiap manusia yang lahir di muka bumi Allah ini adalah seorang guru. Kerana kita khalifah yang terbaik Allah jadikan. Seorang peminta sedeqah jua guru. Penjual pakaian jua guru. Penjual buah-buahan juga guru. Bagaimana ? mari kita lihat situasi ini.

Situasi peminta sedeqah ialah seorang guru.

Ps : assalamualaikum encik, minta derma encik … encik ambil tisu ini encik sedeqahlah berapa pun yang encik mampu nak beri [dengan keadaan kedua2 tangan yang kudung serta kaki yang menggeletar merangkul cawan yang berisi duit syiling]

Lelaki A : [ aku malas betullah dengan kerenah rakyat Malaysia ni! Maju apa bendanya ! huh! Minta sedeqahlah, jual tisulah! ]

Maaf ye pak cik saya takda duit ni. Dah sayang jangan layan orang tua kudung ni (sambil memberi mimik muka sinis)

Ps : tak apalah encik ambillah tisu ini saya sedeqah ye. Sesungguhnya segala harta dan segala apa yang ada di muka bumi serta apa yang encik miliki adalah kepunyaan Allah SWT. Segala milikNYA pasti akan kembali padaNYA. Jangan terlalu sombong dengan nikmat dan rahmat serta kelebihan yang Allah telah kurniakan kepada encik. Rasulullah telah bersabda “ Allah telah bersumpah tidak akan memasukkan orang yang bakhil ke dalam syurga” wahai saudara seislamku berubahlah sesungguhnya aku sayang akan kamu dan kejarlah redha Allah.

Lelaki A : [subhanallah…... Ya Allah sesungguhnya aku takut akan nerakaMU serta azab siksaMU, ampunilah dosaku atas sifat bakhilku ini]

Pak cik, maafkan saya. Ni ada sedikit duit untuk pak cik. Semoga pak cik sentiasa mendapat rezeki yang melimpah2. Maafkan saya sekali lagi dan doakan saya.

[dia telah memberi pengajaran buatku hari ini, dia bukanlah peminta sedeqah yang hina, dialah khalifah mulia yang Allah telah jadikan dan diberi ujian buatnya, dialah contoh mukmin Berjaya di akhirat nanti, aku malu dengan Allah, aku tidak bersyukur atas kesempurnaan yang aku miliki.]

Haa lihatkan? Bagaimana seorang peminta sedeqah sebenarnya di beri peluang oleh Allah untuk sampaikan hidayah? Begitu jualah kita semua. Janganlah menuding jari kepada ibu bapa serta guru2 atas segala ketidakmoralan anak2. Sedarlah sebenarnya kita semua merupakan seorang guru untuk berusaha menyampaikan sesuatu .hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW “ sampaikanlah walau satu ayat”

Ingatlah manusia hanya akan mendapat ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohaniannya yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh2 batin, iaitu syaitan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai asas yang lengkap.

Oleh itu hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan2 sunat yang boleh membantu meningkatkan nilai diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan dengan ikhlas semata2 kerana Allah Taala.

Ia Maha Mengetahui akan segala rahsia2 yang tersembunyi. Segala sesuatu yang ada di dalam hati manusia adalah milikNYA jua.berserahlah kepadaNYA untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Ini jua ditujukan khas buat diri yang hina ini. Bantulah aku Ya Allah dalam melaksanakan amanahMu sebagai Khalifah di muka bumi. Bantulah aku menjaga Kesucian roh ini .

wahai sahabat2 sekalian ingatlah tugas mendidik ni memang payah tetapi ingatlah dalam payah itu ada manisnya yang terselindung di balik insan mulia yang bernama muallim, muaddib, mursyid. Credit buat para pendidik ana dahulu kini dan selamanya .