Pengikut

Jumaat, Mac 19

KBM SBPI SABAK BERNAM

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ







ا



Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t sekali lagi pesawat krj telah terbang di sabak bernam untuk kedua kalinya dan kali ini bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam di Sungai Lang pada 7-8 mac 2009. Team KBMKL telah bertungkus-lumus dalam menjayakan kbm kali ini memandangkan ini merupakan kali pertama kami mendapat jumlah peserta yang agak ramai dan kami juga amat beruntung kerana turut dibantu oleh beberapa orang alumni KBMKL.


Pramugara
Abg eming, abg aiman, abg luqman, abg arul, abg bob, abg mior, abg dany, abg epi, abg joe, abg fakhruddin, abg iwan, dan abg qet

Pramugari
Kak Baz, Kak Ezzah, Kak Ika, Kak Nur, Kak Ada, Kak Nus, Kak Dila, Kak Kina, Kak Shima, Kak Fiza, Kak Zila

Pilot
Kak Mia & 'Ammar

Penumpang
105 kasih + 110 sayang = 215 kasih sayang

PENGENDALI SLOT

KMKY:Pak Ngah dan Kak Nina
INTEAM:Pak Ngah
MAM 1:Pak Andak
MAM 2:Pak Ngah dan Kak Nina
HIJRAH:Kak Nina
MKMS:Ummi Ida
Pertemuan: Ummi Ida

+++++++++++++++++++++++++++

Seramai 105 orang adik kasih dan 110 adik sayang yang kebanyakannya dari tingkatan 3 dan 4 telah menaiki pesawat krj kali ini. Slot Knowing Me Knowing You pada pagi Sabtu itu telah dimeriahkan oleh gandingan Pak Ngah dan Kak Nina dengan jayanya. Oleh kerana peserta kbm kali ini agak ramai, maka army yell telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dari adik kasih dan 11 kumpulan lagi dari adik sayang.

Dan pada sebelah petangnya pula, seusai solat zohor adik-adik kasih dan sayang telah mengikuti slot inteam yang dikendalikan oleh Pak Ngah. Selesai slot INTEAM dan solat asar berjemaah, adik kasih telah bersama kakak-kakak fasi manakala adik sayang pula bersama abg-abg fasi untuk sesi riadah.

Pada sebelah malam, adik-adik kasih dan sayang telah dibawa mengembara oleh Pak Andak melalui slot Meniti Angin Malam 1 untuk merasai Keindahan Bersama Allah,Rasulullah, Ibu dan ayah. Kemudian slot Meniti Angin Malam 2 diteruskan dengan gandingan mantap dari Pak Ngah dan Kak Nina juga melibatkan semua fasilitator.



Program diteruskan pada keesokan harinya 8 mac 2009. Adik-adik kasih dan sayang telah dibawa berhijrah oleh Kak Nina manakala slot MKMS untuk ibubapa yang hadir dikendalikan oleh Ummi Ida. Sewaktu slot hijrah, ternyata adik-adik kasih & sayang SBPI Sabak Bernam sangat berani tampil kehadapan untuk berkongsi pengalaman. Apabila jam menunjukkan pukul 11.30 pagi slot pertemuan pun dimulakan oleh Ummi Ida.



Alhamdulillah ramai ibubapa yang hadir bagi menjayakan program ini. Dan pastinya setiap kali kbm diadakan team kbmkl tidak pernah lupa akan nasib saudara seaqidah kita yang kini berada di bumi Palestine. Sebanyak RM800++ telah berjaya dikumpul hasil sumbangan daripada ibubapa yang hadir. Alhamdulillah semua penumpang telah selamat mendarat tepat jam 1.30 tengahari. Seperti biasa, program diakhiri dengan ucapan daripada pihak sekolah dan sesi bersalaman antara fasilitator, ibubapa, adik kasih dan sayang dengan diiringi lagu "Doa Perpisahan". Kami juga ingin sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.. Harapan kami agar adik-adik kasih dan sayang SBPI Sabak Bernam akan terus..

Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa !!!



2 ulasan:

Nur Aishah Asyiqin Bt. Haron berkata...

يكون الشباب الذين دفعوا حياته. أنا دائما يصلي التي أنتمي في الذين آمنوا. أشكركم الصلاة للأب وأم لهذا الابن.

muhammad fakhruddin berkata...

Something that not written there...I also one of the helpers ;)