Pengikut

Khamis, November 17

Ibrah ImtihAn :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat yang sudi membaca 


----> chAk! <--- 


lama sungguh kita tak bersua muka ya? asyik bermuka buku saja.. hehe..rindu teramat rasanya. apa khabar iman di hati? baik semuanya? hmm takkan baik saja kot? ada pertambahan tak? lebih baik dari semalam? kalau bertambah baik, alhamdulillah! ana tersenyum untuk entum ^_^... 


kalau macam kurang je, jom sama2 kita renovate hati kita supaya iman tu rasa comfortable je nak tinggal kat dalam hati kita... supaya taman-taman bunga iman tu semakin mekar dan bertambah-tambah keindahan halawahnya. aiwah!


soal seorang sahabat  yang ana rindu sangat2 (-_-" ) : "syah, macam mana ye kita nak jaga hati kita ni? susah sangat nak tenteram.. buat ni tak boleh... buat tu tak boleh...huh =_="...  ana tahu ini memang masalah hati..."


----"senang je tu... awak cuba mulakan sesuatu pekerjaan itu dengan Isti'azah dan basmalah. insyaAllah Allah sentiasa bantu jaga hati awak dalam melakukan sesuatu perkara tu"--- mudah bukan..? segalanyanya mudah dan indah :)...


tetapi hakikatnya, kita hamba yang hina dan biasa-biasa ni memang memilik iman yazid wa yanqus (menaik dan menurun). kita bukanlah maksum seperti para anbiya', kita juga bukanlah alim ulama'... kita hanyalah hamba yang sentiasa melakukan dosa.. nauzubillahi min dzalik..


sentiasalah kita memohon kepada Allah agar jaga hati kita dan umat islam lain. InsyaAllah Allah sentiasa dengar rintihan kita.


dan untuk pastikan iman kita ini sentiasa dalam keadaan baik dan bertambah baik, kita memang sangat memerlukan kepada sang mujahadah itu. Mujahadah ini tak boleh dapat percuma dan sesaja je. mesti ada bayarannya! sabar dan tabah serta syukur dalam ujianlah  bayaran yang Allah minta untuk mendapatkan Sang Mujahadah itu. 




----> ImtihAn ? --->


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah ...a really big great thanks to Allah... 


p/s : entri bahagian kedua ini ana tujukan khas buat sahabat "MURABBI O8".... salam penuh kerinduan bermujahadah dari ana buat entum..


whoaa~ ...(^_^) fatrah imtihan final foundation baru sahaja berlalu, lepas ini akan terus maju menderu membawa langkah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda... Arabic Education...


dengan usaha yang sangat sedikit ini bertebal muka jugalah memohon kejayaan dari yang Maha Esa. menangis teresak-esak, berteleku di tikar sejadah memohon agar ada redha-Nya dibalik tabir imtihan ini... itulah hamba, lagi kerdil dan hina. 






... debaran yang melanda hati kini semakin mereda, sambil menunggu kehadiran gelombang imtihan yang seterusnya. inilah dia hamba... tenang dan senang-lenang saja. mudah saja lupa. leka dengan nikmat masa yang diberi percuma...


bila imtihan menjelma.. baru nak tergesa-gesa... hmm masih sempat ke? .. =_="


takut? risau? bimbang? cuak?.. singkapilah kata-kata pengubat jiwa, 
      
lihat firman Allah dalam surah Al-Ankabuut :
” Adakah manusia mengira mereka akan dibiarkan mengatakan bahawa kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji..? “



imitihan sentiasa menguji diri seorang hamba... ianya diciptakan khas untuk mengukur kemampuan kita menguasai ilmu yang dipelajari. Allah tahu kita mampu... sebab tu DIA beri kita imtiHan, Ibtila', musibah ^_^. 


jadi tetapkanlah dengan senyuman manismu itu dalam menghadapi apa2 imtihan k :)  


kita inginkan ilmu yang basah yang mampu membasahkan orang lain.. bukanlah ilmu yang kering... jom kita tajdid niat kita (perbaharui niat) dalam menimba ilmu serta menelaah dan murajaah dirasah sebelum menghadapi ImtiHan :)


doa ana ada sentiasa untuk entum supaya redha Allah serta kejayaan akan jadi milik kita semua. Kita hebat sebab kita hidup di bawah lembayung islam. maka kembalikan rasa Syukurmu itu kepada pemilik Islam ---- Allahu Rabbul Jalil!


ukhti tersayang sempat berpesan---->


"kamu pergi menuntut dengan penuh pengharapan, InsyaAllah pulanglah dengan membawa kejayaan untuk Islam, All the best!"


suka untuk ana kongsikan mutiara sakinah ini...

'seorang yang hidup untuk dirinya, mungkin dapat hidup rehat, tetapi dia hidup kerdil dan mati kerdil, tapi bagi MANUSIA YANG BERJIWA BESAR yang memikul tugas yang agung ini, maka dia tidak lagi memperhitungkan persoalan-persoalan tidur, rehat, tilam yang hangat, kehidupan yang tenang dan kenikmatan yang selesa. Rasulullah saw telah pun menyedari hakikat tugas dakwah itu, kerana itu Baginda telah berkata kepada Siti Khadijah yang menyuruhnya bertenang dan tidur, "wahai Khadijah, masa tidur telah berlalu." Ya, masa bersenang-senang dengan tidur telah berlalu dan tidak akan kembali lagi mulai hari ini. masa kini ialah MASA BERJAGA MALAM DAN BERPENAT LELAH DAN MASA PERJUANGAN YANG SULIT DAN PANJANG'.


wallahualam... salam mujahadah,


Aishah Imtiyaz,
tetamu dataran syuhada'.
bumi ilmu bangi.

5 ulasan:

redha berkata...

jazakaAllahhukhair....penulisan yg amat bermakna skali...murabbi 08...:)

محمد مرشد berkata...

jzkk..

ibtila' ataupun ujian itu.... datang dalam bentuk kepayahan mahupun kesenangan... namun, ujian kesenangan itu lebih bahaya daripada ujian kepayahan... ambillah ibrah ujian kesusahan tatkala mana Nabi Yusuf dibuang dicampak oleh saudaranya kandungnya ke dalam perigi buta... ambillah ibrah kesenangan Baginda juga tatkala digoda sang jelita Zulaikha... Semoga kita menjadi orang yang mengingati Allah tatkala kesusahan lebih-lebih lagi semasa mendapat kesenangan dan kemewahan... Wallahu musta'an...

Nur Aishah Asyiqin Bt. Haron berkata...

redha @ ketua kuliah :)

afwan... hehe biasa saja..nnti nak tulis lai tuk kelas kita~ ^_^

Nur Aishah Asyiqin Bt. Haron berkata...

mursyid

menarik perkongsian enta.. ibtila' dari kesenanan dan kepayahan daripada pasangan Nabi Yusuf dgn si jelita Zulaikha..

mmg ujian kesenangan itu lebih membinasakan dan memeritkan.

Unknown berkata...

alhamdulillah,,Allah menunjukkan kepada ana melalui ukhti aisyah...jazakallahu khoiran ...
insyaAllah,,,smoga dkurniakn kejayaan sebagai seorang Muslim......^_^