Pengikut

Isnin, Disember 3

Makin Berkarat! Susahnya nak Buang!


salam sayang penuh kerinduan buat sahabat dakwah dan tarbiyah sekalian. Semoga dalam rahmat dan redha Allah sentiasa. 

sebelum kita semua masuk ke dalam kehidupan tarbiyah yang banyak sangat cabaran dan dugaan ni mestilah setiap daripada kita ni lalui lorong2 jahiliyah yang sangat gelap, kelam dan senang cerita "zulumat". Tapi masa tu kita takde nya rasa kegelapan bahkan sangat merasa indah, khayal macam ambil dadah, lupa diri ade lah. macam2 "syurga dunia" katanya. facebooking, tweetering, movie, lagu2 yang tidak mengingatkan diri kepada Allah, makan makanan BOIKOT (nestle, mcdeath!).. huh =_=" peluh menitik laju dek kerana terasa! sentap~

Arrgghh!! hari2 berazam dan tekad taknak buat lagi, tapi nafsu selalu menang kan? Kita selalu tergoda dan cair serta jatuh chenta dengan dunia dan segala isi-isinya. Memang berat! saya tahu! memang sukar nak buang jahiliyah yang dah lama tertanam berbuah subur dengan dosa dan noda dalam diri kita. Hey! jangan mengalah. Kita perlu dan mesti mahu sedar dan mempercayai bahawa inilah hakikat kehidupan seorang daie (penyeru), kita kena buang karat ni walau apa pun caranya, sebelum dengan iainya kita lebih jauh jatuh tersungkur daripada gerabak dakwah yang sebelum ni fifty - fifty kita nak tinggalkan. nanges~

sentiasa jeles dengan mereka! ada masa ke mereka nak fikir tentang cinta dunia? hidup jahiliyah? takde masa rasanya~


Saya tahu, iman kamu dah tak mampu nak pertahankan lagi jahiliyah yang menyakitkan ni. Lepaskanlah~ yakinlah, akan nikmat kehidupan tanpa jahiliyah ^_^. Sumpah, cop jempol! senyum sampai telinga sentiasa. hati tenang saja~ Allah bagi pahala~ bertaubatlah! jangan tahu buat saja :P

Jahiliyah ni selalu buat kita jauh keterbelakang. iman langsung tak dapat "up to date". apa barang kan! benda ni selalu melambatkan perubahan kita yang pada asalnya raksasa hodoh berkulit kasaq, mata merah dan nafas berbau menjadi seorang manusia suci murni, muka licin bersih dan mata bersinar-sinar. si syaitan gemook tu selalu gedik-gedik ngan kita. ala macam biasa la. dia nak hasut anak cucu adam. bagi kita was-was dengan apa yang kita lakukan. "hmm.. betul ke apa aku buat ni?", "hurhhh, ngantuklah, tak larat nak solat subuh, penat siapkan esemen sampai kul 4.00 pagi." "aku bukan budak baik, takkan nak pegi masjid...". 

"Haa hambek kaw! makin gemuk aku bila kau berat nanang nak buat apa yang ALLAH suruh! hahahaha" kata si setan gemook itu. 

In shaa Allah, berkat usaha dan tekad yang luar biasa hebat, saya dan kamu pasti mampu tinggalkan dan kikis sedikit demi sedikit karat jahiliyah tersebut. Tidak mengapa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tak perlu drastik sangat, takut tak istiqamah nanti. Perlahan-lahan ok. hayati setiap nikmat semasa berada di atas lorong tarbiyah ni. Jangan lupa sambil senyum angkat tangan kiri, jerit hoooyeeaah!  (^_^)/"

okeh, selamat mengikis karat ini. gunalah apa-apa tools yang ada kat dapur tu ye kak. Ada pisau kesabaran, ada lesung kekentalan. Guna je, mak tak marah punye :). Moga saya dan kamu terus thabat atas jalan DnT ini. kuat2!! kamu mampu pertahankan iman ini. comfirm! andai Allah kamu letak dalam hati~ weee.

"Tidak terputus hijrah sehingga terputus (peluang) bertaubat, dan tidak terputus (peluang) bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat."  - Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)

2 ulasan:

Unknown berkata...

As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

Jundullah berkata...

bak kata murabbi ana, jalan dakwah itu suuuuuuuuuuuummmmmmmpah panjang, sanggupkan enta?