Pengikut

Isnin, September 23

Masih mahu bersuka-suka?

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah usai sahaja ana mengikuti kem perdana unit beruniform minggu lalu.
terlalu banyak rasanya pengalaman yang ana dapat melaluinya. bakal guru, tidak kisahlah anda ustazah ke ustaz ke.. memang tak boleh lari dengan UB ni di sekolah nanti. inilah salah satu medium tarbiyah murid-murid nanti. ajar mereka erti hidup dengan perkhemahan. insyaAllah, melaluinya lahirlah generasi yang berani dan berkepimpinan .

Alhamdulillah, rezeki ana ditempatkan dalam UB Puteri Islam, bukanlah nak dikatakan ana tidak gemar dengan UB yang lain, bahkan ana sokong jikalau orang tarbiyah ada dalam UB berkenaan. cuma silibusnya yang membuatkan ana tawar hati dengan UB yang lain dan mahu mengikat hati dalam PPIM. 

nyanyian-tarian-bertepukan.. mengisi malam2 yg sebenarnya Allah ciptakan waktu itu untuk kita rehat.. tadabbur alam dan bersedialah utk bangkit qiam dan subuh berjemaah. 

terlalu banyak rasanya kenangan manis, suka dan duka di kem ulu bendul tu. di sanalah segalanya teruji. dengan ikhtilatnya, tabarujnya, maruah diri juga teruji. terpulanglah, qowiy ke tidak. 

di sini, ana mohon sahabat2 agar jadilah murabbi, muaddib wa mursyid yang terbaik.. akhlak terjaga, iman terpelihara. ingatkan diri kita sahabatku, kita ni mahu mahu mentarbiyah aulad. sumpah! bukan perkara mudah nak dilaksanakan, hati perlu bersih, ilmu perlu tinggi, amal perlu istiqamah.

pesan ana, sesiapa yang sudah terlebih2 tu, istighfarlah cepat2. pesan juga buat diri ana yg hina ni. 

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini