Pengikut

Isnin, September 19

Hati-hati dengan ZINA HATI...





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…. :-)
Cerita di bawah ni adalah sebahagian daripada kisah-kisah benar belaka. Tidak disangkal lagi!!, marcapada, kebanyakan remaja juga terbabit dengan masalah hubungan (lelaki dan wanita). Ketahuilah bahawa ,ma’ruf nahi mungkar itu tidak bercampur.satunya membawa ke kesejahteraan dan satu lagi membawa kepada kehinaan….
*p/s- ‘aku’ di sini ialah Nur Humaira.

ZINA HATI

Hati tempat jatuhnya pandangan ALLAH , jika piala hati itu telah dikotori dengan lagak ‘zina hati’ (terfikir akan teman lelaki/wanita) maka apakah kan terpandang hati itu oleh Allah lagi…? Sama-samalh kita renungkan sahabat sekalian..serta bertaubatlah jika anda salah seorang daripada insan yang telah lalai. Ingatlah sahabat sekalian sesungguhnya pintu taubat masih terbuka dan Allah sentiasa memberi keampunan kepada hambaNYA yang bertaubat. :-)
————Bermulalah kis@h——-
“Nur Humaira . Sannah Helwah! Semoga kamu sentiasa dirahmatiNYA…All the best in everything you do…jaga diri dan hiasi iman baik2 ya” –Asyraf, cairo-
Aku mencapai ‘handset’ku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun..aku masih tertanya-tanya mengapa Asyraf hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahirku. Dahla pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni….ish hatiku mula ragu-ragu dan menyangka sesuatu yang tidak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah……..? Arrgghh, tak mungkinlah! Dia dah katakan…..
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim sejuk tahun lepas. Namun sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya . dia telah mula banyak member nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, sms, email, YM, dan juga facebook. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara mara, dan sambil-sambil tu bolehla aku berjumpa dengan Si Asyraf. Setahun sekali tak salahnya. Melepaslah rindu sikit. ‘boring’ juga kalau asyik berhubung dalam telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarah boleh ‘travel’ dalam 3 jam setengah dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.
Di Kl, aku telah menghubungnya dan cuba mngajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakanku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia kata dia hanya boleh berjumpa denganku seketika sahaja pada waktu petang. Walaupaun Asyraf member alas an yang dia sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana pun. Nak tak nak , aku terpaksalah terima cadangannya . asal boleh berjumpa , ia sudah cukup bagiku. Dan pada petang tu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta wira kesukaannya tu. Selepas ber-Asar di Masjid wilayah , Asyraf membawaku ke sebuah restoran dan kami makan early dinner di situ. Kemudian , satu detik yang agak ‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar aku pulang ke rumah saudaraku…
Dia ada bertanya “ Apa beza kita dengan mereka yang kat situ ye..?” Asyraf menunjuk-nunjukkan ke arah bebrapa pasang’couple’ yang sedang enak lepak berdua-duaan di tempat duduk di sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh, aku tak menduga , tapi ‘simple saja’ . ”ala kita ni baik sikit” .tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Errrmmm….islamik sikitlah pendek cerita..!
“hmmm…..” Asyraf hanya mengangguk-angguk.
“dalam islam ada ke macam ni..? “Asyraf menduga lagi.
Erk….terkesima aku dibuatnya . kali ni aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih tahu selok-belok masalah benda-benda macam ni . kalau aku jawab lagi mesti ‘tembak’ aku lagi. Baik aku diam sahaja lah!
“Erhh..abaikan sahajalah …saya saja Tanya..” Asyraf cuba menyedapkan hati.
—————————————————
Tidak lama selepas Asyraf pulang ke cairo untuk menyembung sesi pembelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepadaku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal perhungan yang tiada ikatan ini. Dan sejak daripada itu, dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja . itupun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk menjadi lebi baik dan lebih faham islam.
Jika dulu pakaianku agak ketat dan singkat , kini aku sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli . tudungku pun pernah ditegurnya supaya melabuhkannya ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga berpesan-jaga hubungan dengan Allah itu lagi penting , insyaAllah kemudian DIA pasti pelihara hubungan kita.
Jadi apakah yang akan berlaku selepas ini ? hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu . macam-macam sangkaan buruk berrmain-main dalam hati yang mulai busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangan nya. Dan aku juga yakin dia pasti setia padaku. Aku tidak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku juga yakin yang dia tak pernah nak menggatal dengan permpuan-perempuan lain . dia tidaklah seperti lelaki ‘ playboy ‘ masa kini.
Ooopss! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian..
‘tuuuuut …tuuuuuut….’ Nada SMS berbunyi..nama Asyraf yang terpapar.
“esok free tak ? boleh kita berchating..?”
“boleh …saya free saja,” jawab aku ringkas . errmm mungkin dia saja nak buat ‘surprise’. Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS sahaja untuk wish birthdah aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
“ok thank you ..” balasnya pula.
Keesokannya aku menanti awal dia online.
‘tak..tak..tak…(bunyi YM) ‘ Asyraf has signed in’.
Oh tepat sungguh waktunya ….
Ashraf: assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Maira: wasallam..
Asyraf: apa khabar? Sihat? Iman baik?…
Maira: Alhamdulillah….sihat ^_^… awak?
Asyraf: Alhamdulillah baik2 juga….iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni…tap tak mengapa..ok saja…
Maira: awak tak balik ke tahun ni..? btw thanks for the birthday wish last week…
Asyaf: welcome….tak balik. Banyak kerja sikit tahun ni…lagi pun saya nak try bekerja…cari duit.
Maira: wah..rajinnya…baguslah!
Asyraf: hurrrmmm….study macam mana?
Maira: ok saja..new sem ni berat sikit ….jadual pack..
Asyraf: tak mengapa…study rajin2 ye..
Asyraf : hurmm…dah lama nak Tanya ni sebenarnya..
Maira: apa dia..? tanyalah ..sila2
Asyraf:1st of all sorry ye…apa pendapat awak tentang kita..?
Maira: errhh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan kawan…tak lebih daripada tu….tapi special sikit….tak ada couple-couple macam org lain…declare pun tak kan..?
Asyraf:hmmmm…………………..
Maira: aik..tak betul ke?
Asyraf: hmm..ni opinion saja lah- antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram , tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain…atas alas an apa sekali pun ia tak patut diterima..
Aku terjeda seketika . tertampar keras rasanya..
Maira: jadi….
Asyraf: saya rasa kita harus stop…..mean…berpisah..
Asyraf: sebab….
Asyraf: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru…
Asyraf: benda ini akan membuatkan hati ternoda..zina hati banyak berlaku..
Asyraf: walaupun kita jauh, tak call, tak juma dan dll ..tap hati tetap ‘berzina’
Asyraf:huh…
Asyraf:saya bercakap itu dan ini pada org ramai …..tapi dalam masa yang sama saya menyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Astraf: kononya islamik…..
Asyraf: saya rasa cara kita ni tak betul…kita sebenarnya yang telah menyarung benda2 tak baik ni pada islam…then org lain pulak Nampak islamik…
Asyraf: hmmm…
Asyraf: jadi, saya rasa kita patut berpisah…
Asyraf: demi menjaga diri & sama-sama kembali harungi hidup dalam redha Ilahi.
Asyraf:sorry—sorry banyak atas apa yang dah kita buat…
Asyraf:dan sorry juga sebab dah bawa awak ke jalan yang lupa pada NYA…
Asyraf:andai ada jodoh …moga dipertemukan..

Astaghfirullahalazim…aku beristighfar panjang. Aku kesat peluh di dahi…air mata jahiliah aku deras menitis membasahi meja.sedikt terpercik pada keybord laptop.aku tak sangka perkara sebegini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta isinya yang jelas membuatkanku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada..tapi semua itu tak bermakna lagi…
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Aku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Asyraf itu. Di saat ini, hanya ALLAH sahaja yang mampu mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah tempat aku pohon keampuanan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh , mengikut jalan taghut, mencampurkan yang haram dengan yang halal, serta mengadunkan yang islam dan al-hawa…
Cinta hakiki hanya da pada ALLAH…
Tiba-tiba aku teringat akan hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku lama dahulu ; pertama-tama sekali mestilah mencintai ALLAH dan RasulNYA melebihi daripada semua makhluk, kemudian mencintai sesorang itu hanya kerana ALLAH dan akhir sekali mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka . dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya ALLAH sahaja yang layak memberi hidayah sesiapa yang dikehendakiNYA. Moga-moga DIA kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini moga ditambahi iman untuk aku memikul bebanan ini.
Aku terus menjawa ringkas…
Maira: thanks & sorry..saya terima..alhamdulillah..
Maira: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. Doakan saya juga.
Maira: wasallam
Signed out.
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya . bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang mampu menjunjung islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkrah, saling mengejut qiamullail, saling mengahntar SMS ayat –ayat al-quran serta hadis, tapi itu semua memang tak betul caranya . aku sedar yang kami telah mempergunakan islam untuk mencapai matlamat peribadi ….astaghfirullahalazim….syukur padaMU Ya Allah kerana lekas mengembalikanku pada jalan redhaMU.
“Sayang ……..cepat turun ni. Mumtazah dah sampai”….Ops! aku tersedar dari lamunan kisah 10 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku yang tercinta, Muhammad Aqyl untuk bersiap menyambut tetamu teristimewa kami…..Mumtazah dan Asyraf J.
“Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkrah, saling mengejut qiamullail, saling mengahntar SMS ayat –ayat al-quran serta hadis, tapi itu semua memang tak betul caranya . aku sedar yang kami telah mempergunakan islam untuk mencapai matlamat peribadi ….astaghfirullahalazim….syukur padaMU Ya Allah kerana lekas mengembalikanku pada jalan redhaMU.”
“ Ya bang…maira turun….”(sehingga kini aku masih terasa indah pabila mendengar suara suamiku kerana cinta kami indah dan suci serta sentiasa mendambakan cinta ILLAHI- syukran abang atas hadirmu dalam hidup diri ini)
Alhamdulillah siap semuanya…aku menutup laptopku dan bergegas turun ke bawah . aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada belawan beliawanis Negara mengenai ‘ aduhai cinta remaja’ dalam program ‘belia Negara 2010’ esok. Mumtazah dan Asyraf aku jemput sebagai ahli panel bersama aku dan suamiku yang tercinta J. Aku sangat beryukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengaharapkan belia-belia harapan Negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

1 ulasan:

Nur Aishah Asyiqin Bt. Haron berkata...

awas! wahai diri!
teruskan mujahdahmu!

kejar CINTA ALLAH!

kau pasti tidak akan dikecewakan.