Pengikut

Ahad, Mac 11

moga kita saling mendoakan, akhawat!





salam sayang ^_^..heeeeeeeee

wah-wah.. rajin ana minggu ni. biasanya berbulan-bulan 'belog' ni bersawang, habuk di lantai berinchi-inchi pun tiada kesedaran.. tiada masa katanya, banyak taklifan kononnya, moga bukan hanya dunia semata :) yuk ikhlaskan hati! yoshh~

saat ini genap 2 minggu tak ketemu sama mereka.
bagaimana khabar agaknya?..
rindu benar rasa, tusukannya memeritkan, sangat!
mengapa rindu sampai begini rupa???

hmm... adakah dek kerana bekas ini mulai kosong?
tiada yang sempat mengisi? so tak terisi?
patutlah aku dah lama tak memberi!
hohoho, akhawat jangan tinggalkanku..
ingatkanku akan taklifan a'bid n caliph..
hanya buat Si Cinta hakiki.. ALLAHU rabbi ^^,

"Ya Rabbi.. kaulah sebaik pelindung buat diriku. tiada lain! pasti! yakin!"

tersangat istimewa rasa ini..
yang peliknya hanya dengan kamu yang memahami..
tidak pula kurasakan ini dengan yang lainnya..
agaknya kenapa? kamu pasti ada jawapannya bukan?
aku yakin itu..

nikmat? - sangat!

"maka nikmat apa lagi yang kamu nak dustakan?"

=_=" haa, selalu tertembak dengan kata-kata ini.

"kita ni dengan Allah pun nak berkira ke?"

=_=" again! the best sharpshooter! kene batang hidung sendiri.

so untuk ingatan bersama... akhawat dakaplah ukhwah ini.
ALLAH yang ikat hati kita dengan iman. benar?

Allah kata, ukhuwwah itu adalah akibat daripada iman.

maka, andai ianya cacat, mungkinkah kerana nazaknya iman kita?
(al hujurat, 49 ; 10 )

- renungkanlah akhawat -

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.

(KH. Rahmat Abdullah)
Aishah A
baiti jannati ^_^

Tiada ulasan: