Pengikut

Sabtu, Mei 12

[Fatrah Imtihan] : (^_^)V berdebar!

Bismillahirrahmanirrahim ~


Salam penuh rasa cinta dan rindu buat pencinta-pencinta ilmu sekalian alam.


Alhamdulillah wa syukurillah, seinfiniti kesyukuran pada DIA, yang masih memberi kita pinjaman nikmat yang terbesar [nikmat iman dan islam]. 


Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah untuk segalanya!


Fatrah imtihan telah tiba. Ada yang tenang dan ada yang gelisah menantikan kehadirannya. Bahkan tak kurang juga ada yang tidak merasakan apa-apa. Jangan takut sangat, jangan tenang sangat. Minta yang terbaik dari DIA.


Selamat menghadapi FATRAH IMTIHAN (khususnya buat sahabat MURABBI 08 dan umumnya buat warga bakal pendidik IPGM), jangan bimbang, tenang saja. setelah kalian berusaha, berserah dan bertawakallah pada DIA ye. ^_^

Yup! saya sangat memahami suasana fatrah  imtihan ini...

~tertekan
~berdebar
~risau
~pening
~tak sempat makan
~tak cukup tido


wah-wah-wah.. masa nilah semua benda ni nak datang menjengah kita. hmmm.. sahabat semua ini InsyaAllah boleh dilalui dengan tenang~ dengan syarat kamu mintalah ketengan dari DIA. soalnya di sini kamu dah minta belum? 






Ana ada tips masa study (^_^ )V


*sebelum

  1. baca buku dalam berwudhu' untuk keberkatan dan keselesaan
  2. baca doa sebelum baca buku
*semasa
  1. sediakan air mineral  kat tepi meja (minum air setiap 30 minit sekurangnya) untuk mengekalkan kecergasan otak
  2. tarik nafas dan senyum sentiasa untuk elak stress ^_^
*habis baca
  1. doa dan tawakal
  2. sentiasa refresh/ soal-menyoal


p/s: jangan risau, ini hanyalah imtihan dunia
jangan abaikan ibadah wajib!
tambah2lah ibadah sunat... baru semuanya selamat.



"BUAT YANG TERBAIK YE, MURABBI 08
KITA PASTI BOLEH,
YANG PENTING KEJAR REDHA DIA OK"







"wahai fakta-fakta ilmu pendidikan dan Lughah 'Araby, janganlah kamu semua pergi dari akal saya yang kurang ingatan ini. walaupun saya membaca kamu kekadang tidak menggunakan hati, saya teringin sekali menyimpan kamu baik-baik dalam hati saya buat selamanya. Iye, percayalah~ saya tidak mahu kamu semua lari sejurus selesai peperiksaan saya, walaupun itulah kebiasaannya. saya tidak mahu kamu hilang kerana anak murid saya akan mendapat kesusahan kelak. Tolonglah ya"

2 ulasan:

Jundullah berkata...

bittaufiqwannajah ya aisyah asyiqin
jgn lupa bdoa dan puasa sunat
semoga mjadi asbab utk ALLAH mmberi kejayaan dalam imtihan dan juga kehidupan

Nur Aishah Asyiqin Bt. Haron berkata...

amin, alfuu syukran sahabat
InsyaAllah Doa dan tawakal itu saja yang boleh buat hati tenang~

على بذكر الله تطمئن القلوب
-dengan mengingati Allah, pasti hati menjadi tenang :)-