Pengikut

Rabu, November 28

Jom bersiwak

Terjemahan foto: Seseorang itu sepatutnya berasa bangga untuk bersiwak. Sesungguhnya ia (kayu siwak) adalah benda terakhir yang digunakan oleh Rasulullah sholla Allahu a'laihi wa sallam.



Bersiwak itu sunnah. Ia mempunyai banyak kelebihan. Antaranya sebagaimana yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah رضي الله عنها:

"Siwak itu dapat membersihkan mulut & mendatangkan keredhaan Allah."
~ HR Imam al-Bukhari رحمه الله.

Namun ia perlu dilakukan dengan cara yang betul, tidak berlebihan & kayu siwak itu perlu dijaga kebersihannya.

Antara waktu Baginda صلى الله عليه وسلم melakukan siwak ini ialah ketika masuk rumah. Baca hadis ini;

Daripada Miqdad bin Syuraih daripada ayahnya berkata: "Aku bertanya Aisyah apakah perkara yang mula² sekali Rasulullah صلى الله عليه وسلم lakukan apabila masuk ke dalam rumahnya? Aisyah menjawab: Baginda bersiwak."
~ HR Imam Muslim رحمه الله. i

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini