Pengikut

Ahad, November 28

Ustazah to be....




Pertama-tama kalinya dan selama-lamanya syukur ke hadrat ILAHI atas sentuhan rahmatNYA terhadap hati-hati diri kita semua hambaNYA.

Di atas Ketenangan hati ini disapa hembusan lembut kasturi dek teruja degan kemerduan kalam suci Al-quranul karim.

Dinuzulkan kepada kekasihNYA kini melengkapi kehidupan insan perindu syafaat nabi.

Salam sayang dan penuh cinta dengan lafaz dan harapan ana ucap buat bonda dan ayahanda, abang dan adik amanah Ilahi,guru2,rakan2 serta buat pemuda yang dijanjikan Allah buat ana sekiranya ada insyaAllah.

Maaflah kerana terlalu lama blog ini sunyi dengan perjalanan pena seorang hamba Ilahi. Maaf kerana ana mengambil terlalu banyak masa yang ada untuk mentamrinkan diri ini. Terlalu banyak perkara yang perlu ana lakukan dalam mendapatkan ketenangan diri ana. mumtaz asyf ala kulli hal.

Sudah lama ana hendak kongsikan secebis pengalaman ana ni. Bukanlah untuk membongkar peribadi diri tetapi Cuma sedikit perkonsian buat sahabat yang belum mengetahui.

Nama : Nur Aishah Asyiqin Bt Haron

Umur : 19 ( 23/3/2011)

Hasil didikan : Haron Mokhtar & Shamsiah Hamjah

Amanah : Muhammad Umar Lufti , Muhammad Amar Mukmin , Muhammad Nur Rasyid

Madrasah : SK Seri Utama, Sg Besar - Sra integrasi Al-Ihsaniah, Sg. Besar - SMKA Simpang Lima, Sg. Besar – SBPI Sabak Bernam

Kini : IPG Kampus Pendidikan Islam [ Bahasa Arab Pendidikan Rendah]

YM : imaneiqyn [ kita boleh discuss lebih panjang lebar ]

Kenapa ana sibuk-sibuk nak kenalkan diri ni ? nak promote diri ke J ? hmm… sebenarnya ana suka nak kenalkan diri .saja praktis untuk anak-anak murid nanti ^_^. Yela ustazah to be la katakan.

kalau di baca post2 yang lepas ana ada tulis yang ana nak sangat jadi doctor. Bagi ana doctor ni pekerjaan yang mulia. Dulu ana nak jadi doctor sakit puan [ ^_^ dek malu dengan doctor sakit puan lelaki yang ramai].minat yang tertanam dalam diri ana ni rupanya bukanlah perkara yang terbaik untuk ana. Sebab ana ditakdirkan mendapat tawaran menjadi guru.

Alhamdulillah istikharah yang Allah janjikan bantuan dariNYA akhirnya membawa ketenangan dalam diri ana untuk memilih kerjaya sebagai seorang guru. Hmm mungkin tak dapat jadi doctor sekarang, dapat jodoh doktor nanti pun ok juga kan? Amin..Setelah diamati dari pelbagai sudut kerjaya seorang guru banyak kelebihannya. Mendapat peluang untuk mendidik anak-anak dengan norma2 mulia. Akhirnya mereka sendiri akan membawa norma2 tersebut ke dalam cita2 dan kerjaya mereka. Selagi mereka amalkan ilmu yang benar atas apa yang kita sampaikan selagi itulah ada bahagian pahala yang Allah janjikan buat kita. Hebat kan! Subahanallah.

ana berdoa supaya satu hari nanti ana bukanlah cikgu semata-mata buat anak2 murid tetapi mampu menjadi ibu buat mereka. Bagaimana ibu dan guru2 ana mendidik ana dahulu begitulah jua ana impikan buat anak2 murid ana nanti. insyaAllah. Bagaimana cara didikan dan asuhan Rasulullah terhadap umatnya, begitu jualah ana cuba usahakan. Bagaimana strategiknya teknik pendidikan di zaman nabi dahulu begitu jualah ana cuba terapkan. Sama-samalah kita semua perjuangkan.insyaAllah.

Guru ni kena banyak ilmu, pengalaman, kemahiran dalam pelbagai sudut pengetahuan. Sebab apa? Kerana bersedialah dengan persoalan2 anak2 yang dahagakan jawapan yang benar dari segi Al-Quran dan As-sunnah. Mampu memberikan Pendidikan dalaman dan luaran. Sebab apa? Supaya ilmu yang disampaikan mampu dipegang dan di amalkan degan hati anak2.Mesti wujud sifat seorang kaunselor dalam diri mereka.sebab apa? Kerana guru mesti menguasai psikologi anak2 (menarik perhatian mereka) Mesti mendidik diri dalam membentuk nilai2 dan sifat mahmudah dalam diri. Sebab apa? Kerana guru adalah qudwah yang terhampir buat anak setelah ummi dan abi mereka. Maka jadilah dan milikilah sifat qudwah hasanah Rasulullah. Berusahalah ke arahnya wahai insan yang bergelar guru.

Baiklah ana nak keluar sikit dari kotak pemikiran2 biasa. Cuba antum renungkan sebenarnya setiap manusia yang lahir di muka bumi Allah ini adalah seorang guru. Kerana kita khalifah yang terbaik Allah jadikan. Seorang peminta sedeqah jua guru. Penjual pakaian jua guru. Penjual buah-buahan juga guru. Bagaimana ? mari kita lihat situasi ini.

Situasi peminta sedeqah ialah seorang guru.

Ps : assalamualaikum encik, minta derma encik … encik ambil tisu ini encik sedeqahlah berapa pun yang encik mampu nak beri [dengan keadaan kedua2 tangan yang kudung serta kaki yang menggeletar merangkul cawan yang berisi duit syiling]

Lelaki A : [ aku malas betullah dengan kerenah rakyat Malaysia ni! Maju apa bendanya ! huh! Minta sedeqahlah, jual tisulah! ]

Maaf ye pak cik saya takda duit ni. Dah sayang jangan layan orang tua kudung ni (sambil memberi mimik muka sinis)

Ps : tak apalah encik ambillah tisu ini saya sedeqah ye. Sesungguhnya segala harta dan segala apa yang ada di muka bumi serta apa yang encik miliki adalah kepunyaan Allah SWT. Segala milikNYA pasti akan kembali padaNYA. Jangan terlalu sombong dengan nikmat dan rahmat serta kelebihan yang Allah telah kurniakan kepada encik. Rasulullah telah bersabda “ Allah telah bersumpah tidak akan memasukkan orang yang bakhil ke dalam syurga” wahai saudara seislamku berubahlah sesungguhnya aku sayang akan kamu dan kejarlah redha Allah.

Lelaki A : [subhanallah…... Ya Allah sesungguhnya aku takut akan nerakaMU serta azab siksaMU, ampunilah dosaku atas sifat bakhilku ini]

Pak cik, maafkan saya. Ni ada sedikit duit untuk pak cik. Semoga pak cik sentiasa mendapat rezeki yang melimpah2. Maafkan saya sekali lagi dan doakan saya.

[dia telah memberi pengajaran buatku hari ini, dia bukanlah peminta sedeqah yang hina, dialah khalifah mulia yang Allah telah jadikan dan diberi ujian buatnya, dialah contoh mukmin Berjaya di akhirat nanti, aku malu dengan Allah, aku tidak bersyukur atas kesempurnaan yang aku miliki.]

Haa lihatkan? Bagaimana seorang peminta sedeqah sebenarnya di beri peluang oleh Allah untuk sampaikan hidayah? Begitu jualah kita semua. Janganlah menuding jari kepada ibu bapa serta guru2 atas segala ketidakmoralan anak2. Sedarlah sebenarnya kita semua merupakan seorang guru untuk berusaha menyampaikan sesuatu .hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW “ sampaikanlah walau satu ayat”

Ingatlah manusia hanya akan mendapat ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohaniannya yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh2 batin, iaitu syaitan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai asas yang lengkap.

Oleh itu hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan2 sunat yang boleh membantu meningkatkan nilai diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan dengan ikhlas semata2 kerana Allah Taala.

Ia Maha Mengetahui akan segala rahsia2 yang tersembunyi. Segala sesuatu yang ada di dalam hati manusia adalah milikNYA jua.berserahlah kepadaNYA untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Ini jua ditujukan khas buat diri yang hina ini. Bantulah aku Ya Allah dalam melaksanakan amanahMu sebagai Khalifah di muka bumi. Bantulah aku menjaga Kesucian roh ini .

wahai sahabat2 sekalian ingatlah tugas mendidik ni memang payah tetapi ingatlah dalam payah itu ada manisnya yang terselindung di balik insan mulia yang bernama muallim, muaddib, mursyid. Credit buat para pendidik ana dahulu kini dan selamanya .

5 ulasan:

Nur Madihah Hassan Borhan berkata...

nice post~~

semoga dirimu sahabat dpt mencapai apa yang diimpikan dan yg paling utama dapat sama2 perjuangkan amanah Ilahi..doakan madihah jugak ye..^_^

Tanpa Nama berkata...

bertuah bg sesiapa yg dapat memiliki dirimu...

^_^ berkata...

syukran ^^

Tanpa Nama berkata...

InshaAllah..dan semoga ALLAH memberi teman hidup yang selayaknya bagi anda

abdullah berkata...

ana faham... ana tetap sabar
ana yakin.