Pengikut

Rabu, April 21

delusi ummi



Assalamualaikum w.b.t

entry kali ini berkisar tentang kehidupan seharian kita.
dalam kita gembira dan seronok dengan aktiviti yang tak putus2 menjengah masa kita, masihkah kita ingat akan insan yang paling berjasa kepada kita seumur hidup kita.

ummi~~ inilah perkataan pertama yang kita belajar. ini jua insan
pertama yang gembira mendengar kita menyebut panggilan mereka..ummi~~

semua daripada kita beriya-iya berkata.."saya sayang sangat ibu saya...saya takkan tinggalkan ibu saya".. huh hampeh!..masa kecil bolehlah mereka kata begitu sebab dari ummi kita dapat makan, dari ummi kita dapat pakaian, dari ummi juga kita mengadu kasih..

tetapi cuba anda renungkan, pabila usia kita sudah meningkat. jiwa kita yang pandai memberontak. setiap hari ada saja perkara yang mengecilkan hati ummi. dia tidak kisah pun. tapi pabila kita terasa walaupun sedikit..kita menangis tak tentu hala..kata ummi tak sayang kita. kata ummi pentingkan diri.

.apa semua ini!!

bayangkan sedetik lagi nyawa anda atau dia ditarik YANG MAHA ESA. sempat anda nak ucap terima kasih atas jagaan dan kasihnya selama ini? sempat anda nak rasa belaian seorang ummi lagi?sempat ke anda nak rasa masakannya yang telah membesarkan anda selama ini?

jawapannya tetap tak sempat. koreklah kubur mereka pun . kau hanya peluk jasadnya .rohnya sudah lama ke syurga~

jagalah hati mereka. minta doa dr mereka. semoga kita semua tergolong dalam insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat serta bersyukur akan kehadiran insan yang tersayang..

syukran ummi..

lagu ini aisya dedikasikan khas buat bonda,bonda,bonda tercinta.

SHAMSIAH BT HAMJAH



Delusi Ummi

Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : Nice
http://liriknasyid.com


Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Ummi…








5 ulasan:

Nur Aishah Asyiqin Bt. Haron berkata...

sayang mak~~~

maznah berkata...

mak sudah penat untuk saya..saya sayg mak saya!!

Nur Aishah Asyiqin Bt. Haron berkata...

maznah-belai jiwanya dulu maznah..

insyaAllah barakah hidup menjengah..

Norashikin Abdullah berkata...

setitis air mata ibu
yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu
kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu..=) nice post aisya

Nur Aishah Asyiqin Bt. Haron berkata...

ikin-mabruk! aisya percaya itu yg dah tersurat...

harap ini sebagai pendorong danperingatan kepada kita untuk membuat baik kepada ibu dan ayah..

insyaAllah..