Pengikut

Jumaat, April 15

sempurnakanlah penutupan auratmu.

Pengisian ilmu kelmarin sudah cukup menampar diri ana untuk sedar akan hakikat sebenar dan realiti keadaan dan status wanita kini. Isu ketidaksempurnaan penutupan aurat cukup membuatkan hati ini resah gelisah tak tentu arahnya. Entahlah, bukannya sakit hati, tetapi ana sedih sangat. Ana terfikir apalah agaknya usaha ana sebelum ini untuk bersama-sama mengingatkan orang sekeliling tentang penutupan aurat yang sempurna. Maafkan ana sahabat.

Jadi di sini ana ingin berkongsi sedikit apa yang ana dapat daripada perkongsian ilmu tersebut. Ana akan mulakan dengan analogai tentang isu ini.

“ di atas meja terdapat sebuah baling kaca yang berisi ikan emas yang sangat cantik dan comel. Warnanya merah berkilau-kilau. Keindahannya pasti memukau sesiapa yang memandangnya. Kemudian, seperti biasa Si Tompok berjalan-jalan makan angin di dalam rumah dan dengan ketentuan Ilahi terserempaklah Si Tompok dengan ikan Emas di dalam baling tadi. Terkesima Si Tompok dengan apa yang dilihatnya. Memang lumrah hidupnya sangat menyintai ikan. Mananya tak jatuh cinta, dirinya diciptakan memang untuk memburu cinta si ikan. Di dalam fikiran Si Tompok bermainlah pelbagai cara bagaimana agaknya untuk dia mendapat ikan emas yang sangat comel tadi. Meleleh air liurnya melihat lenggokan ikan emas tadi. Matanya tak berkelip-kelip sejak dia melihat ikan emas itu.

Beberapa minit kemudian, si Tompok sudah tidak tahan dengan keinginannya yang membuak-buak . lalu dia Berjaya memasukkan tangannya ke dalam balang ingin menangkap ikan emas yang menggodanya tadi. Tetapi alangkah sedihnya, mulut balang tersebut terlalu kecil untuk dia mendapatkan ikan emas tadi. Huhh... penat Si Tompok akhirnya putus asa untuk mendapatkan ikan emas tersebut.

Lalu Si Tompok terus menuju ke dapur dan tanpa segan silu mengoyakkan plastik ikan yang berada di dalam sinki. Lalu dia dengan rapuhnya melahap ikan kembung yang asalanya hendak digunakan oleh tuan rumah untuk masak makanan tengah hari. Aii.. dapat jugak Si Tompok itu mendapatkan cinta dan buah hatinya dengan cara yang pasti akan menyakitkan hati orang lain.

Beribu kemaafan ana minta dari entunna, kaum wanita yang membaca... kerana begitulah analoginya... ‘ikan emas’ dapatlah dianalogikan sebagai wanita di dalam kes ini. Janganlah pelik kalau kita pergi ke Bandar-bandar, kita akan dihidangkan dengan ramainya wanita-wanita yang kurang sempurna penutupan auratnya. Zaman kini, janganlah ‘ikan2 emas’ memperkatakan bahawa kurangnya ilmu agama, kurangnya masyarakat yang mengingatkan, hidayah Allah belum menghampiri. Wahai wanita, ketahuilah untuk berubah bukanlah bergantung sepenuhnya kepada perkara-perkara di atas. Ianya perlukan batu loncatan dari kita sendiri. Kita sendiri yang kena paksa diri kita berubah. Bukan mengharapkan ihsan orang lain. Orang lain sudah laksanakan tanggungjawab mereka, mereka ingatkan kita, mereka doakan kita supaya cepat berubah, mereka cuba untuk dekati kita. Tinggal diri kita sendiri saja, sama ada hendak menerima atau menolak.

Menutup aurat dengan sempurna itu tidak sama dengan ‘membungkus’ aurat dengan sempurna. Hmm.. ana pun wanita, ana tahu kita buat apa sahaja terhadap diri kita semata-mata untuk kelihatan cantik. Cantik di mata siapa? Di mata lelaki? Di mata pemuda? Ehhh... ni yang salah konsepnya. Sebenarnya Kita perlu kelihatan cantik di mata Allah yang menciptakan kita, bukan ‘mahu’ kelihatan cantik di mata insan yang bukan halal bagi kita. Itulah beza ‘PERLU’ dan ‘MAHU’.

Untuk kelihatan cantik tidak perlu kepada baju yang ketat dan jarang, tudung yang jarang dan tidak labuh menutupi dada, kaki yang tidak ditutup. Tetapi untuk kelihatan cantik sebenarnya kita perlu menutup aurat kita dari hujung kepala sehingga ke hujung jari kaki dengan sempurna. Bagaimana tutup aurat dengan sempurna? Senang saja nak tentukannya, bila kita nak keluar dengan pakaian kita tu kita lihat dan koreksi kembali adakah pakaian kita boleh di bawa untuk bersolat. Bertudung sehingga menutupi dada, berbaju yang longgar dan tidak jarang dan labuh. Berseluar atau berkain yang tidak ketat. Cuba kita merasakan ‘izzah’ dengan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Nikmatnya tak dapat dirasa kalau kita tak cuba. Maka marilah kita sama menutup aurat dengan sempurna.

Disebalik pakaian yang menutup aurat, akan terserlahlah kemurnian akhlaq, ketinggian budi pekerti , serta kelembutan kita sebagai wanita di muka bumi. Kan seronok jadi hamba yang solehah derta cantik di mata Pencipta. Ingatlah wahai wanita, sesungguhnya kita ini diciptakan memang tersangatlah cantik. Segala apa yang ada pada kita kesemuanya indah belaka. Dari fizikal penciptaannya sehingga gaya kita bertutur. Semua indah. Memanglah kita ini layak menjadi perhiasan dunia. Tetapi adakah kita hendak menjadi perhiasan yang terdedah di halaman rumah? Mestilah kita nak jadi perhisan yag berada di dalam kotak kaca yang susah untuk orang lain menyentuhnya.

Ayuh kita sama-sama tutup aurat dengan sempurna.

1 ulasan:

syakirah berkata...

nice =)

Terdapat ralat dalam alat ini