Pengikut

Isnin, Ogos 22

Hubungan kita ni halal tak awak 2.


----sambungan : Hubungan kita ni halal tak awak 1----

2- ada yang belum terjebak tetapi sudah mula ke arahnya.

Haa... ni maksudnya baru nak acuh2 api kat minyak petrol la. Berani sungguh mereka ya! =_=” eh ...[berani sungguh kita ek!].

Maksud dia macam ni, kita belum lagi dikategorikan bercouple tapi sudah mula mendekati budaya couple tu. Apa budaya couple kak? ^_^... ish budak2 memang lambat matang kan..

Mendekati budaya couple before nikah [tidak menjaga ikhtilat]

  • Sudah mula berhubung melalui alat komunikasi [sms, fb, ym, twitter, skype, email.. and so on] tanpa ada sebab yang munasabah. kalau atas dasar nak belajar atau berdiskusi pun, fikir-fikirlah balik dik. Cubalah elakkan dari berdiskusi dengan berlainan jantina. ....akak kata cuba dulu! Jangan kata tak boleh ^_^. Sebesar kuman pun sesuatu ruang antara lelaki dan perempuan ajnabi itu, pasti syaitan jahanam akan cuba menerobosnya. Biasalah sarjan syaitan ni banyak peralatan-peralatan yang kita selalu saja tewas dengannya. Hanya iman yang teguh saja yang dapat atasinya. Iman kita? Awas ye adik2!

  • Sikit-sikit nak jumpa. Alasan nak mesyuarat lah, bincang itulah inilah.. hakikatnya saja cari sebab nak jumpa kan? Nauzubillah, kenapa? Akak tahulah awak berdua setiausaha persatuan yang hebat, tapi tak terasa sesuatu ke bila orang tengok pelik kat awak sebab selalu sangat jumpa. Awak kata awak buat kerja s/u. hmm.. awak memang buat kerja Setiausaha persatuan gempak awak tu.. tapi tuan besar syaitan yang berbadan besar tu pun sedang buat kerja dia, menjentik hati awak berdua untuk saling ingat mengingati, rindu merindui.. wah.. wah..wah... awas ye adik2.

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ

“Tidaklah sekali-kali seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah setan.” (HR. At-Tirmidzi no. 1171, disahihkan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi)

  • mulalah nak bersolek-solek, berwangi-wangian. Yelah kan, nak pergi mesyuarat tergempak. Sampai lupa kita akan berjumpa dengan lelaki ajnabi yang haram mencium haruman kita. Kita memang tak ada niat apa2, just nak bagi keselesaan kat orang lain supaya taklah assume kita busuk kan? Hmmm.. tak kisahlah orang nak assume kita busuk atau wangi yang penting janganlah terlalu wangi sampai guna one drop perfume tu hingga 30 drops! Haramlah jadinya dik. Mulalah lelaki terpikat kat seseorang tu disebabkan oleh bau minyak wangi dia yang menusuk tu. Hadoii.. syaitan sudah semakin berjaya... awas adik2!

Haa... sudah-sudahlah tu. Hentikanlah perbuatan2 seperti yang dinyatakan di atas. Awak, akak, kita sama-sama muslim. Janganlah kita menjadi para penconteng arang kepada Ad-Din ini. Sedar-sedarlah sebenarnya kita sudah mula ke arah Islamic couple before nikah tu. Tahan dahulu aktiviti2 yang boleh menggerakkan hati adik2 kepada perasaan “istimewa”. Matanglah dalam setiap tingkah lakumu. Fikir dahulu sebelum bertindak. Utamakan Allah dalam segala gerak laku. Awas ye adik2!


-bersambung-

3 ulasan:

Siti Nur Syakirah Ismail berkata...

Salam...
menarik...teruskan menulis...moge istiqamah sayang =)

ana hana berkata...

salam...
bestnye sayang...
aisyah...tarik paan kalau paan terjebak dgn "couple" ye...

Nur Aishah Asyiqin Bt. Haron berkata...

syakirah : doakanlah y terbaik untuk aishah ye ^_^

paan : tenang and cool... Allah sudah aturkan cinta yang terbaik untuk kamu!