Pengikut

Isnin, Oktober 17

sebarkan cintamu!


"Pada cinta Allah ada kemanisan iman"

Apa itu kemanisan iman ?

1) Cinta pada Allah dan Rasul lebih daripada yang lain.
2) Cinta sesama manusia kerana Allah.
3) Benci kepada kekafiran setelah mendapat hidayah Allah.

Adakah kita dapat merasa ketiga-tiga ciri di atas ini ? Adakah kita cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada ibu kita ? Bapa kita ? Saudara kita ? Adakah kita cinta sesama manusia kerana Allah ? Atau kerana harta ? Pangkat ? Rupa paras ? atau hawa nafsu semata-mata ? Adakah kita benci kepada maksiat selepas mendapat hidayah Allah ? Adakah kita cuba untuk menjauhkan diri daripada maksiat ? Ada ke ? Ya, mari kita tanya diri kita kembali. Adakah kita termasuk dalam orang-orang yang merasai kemanisan iman ? Jika kita tidak rasa, apakah nilai iman kita ? Apakah rasa iman kita ? Pahit ? Masam ?


" Jika Allah cintakan satu kaum, Allah akan menguji mereka. Jika mereka redha dengan ujian Allah, maka Allah akan redha dengan mereka "

Tahap-tahap cinta

Apakah cinta paling agung ? Adakah cinta pada kekasih hati ? Atau cinta kepada sahabat ? Atau kepada kedua ibu bapa kita ? Mana satu cinta yang teragung ? Apa kata anda ?

Ya rakan-rakan, cinta teragung adalah cinta kepada Allah. Cinta kepada Rasul dan juga cinta kepada jihad. Berjihad di jalan Allah. Itulah cinta paling tinggi sekali martabatnya. Tiada cinta yang lebih tinggi daripada cinta Allah. Kemudian cinta kepada Rasul dan juga cinta untuk berjihad di jalan Allah, untuk Islam. Ya, itu maksud cinta yang sebenar. Adakah kita merasainya ? Kenapa perlu mencari cinta yang salah sedangkan cinta Allah itu ada di mana-mana. Cinta Allah yang suci, setia dan telus. Tiada keraguan. 

Kemudian, cinta pertengahan adalah cinta kepada ibu, ayah, harta, sahabat, dan lain-lain lagi. Cinta kepada materials ataupun apa-apa yang ada di dunia ini. Ini adalah cinta pertengahan. Tak salah untuk cinta pada ibu, ayah, kawan, guru, harta. Kan fitrah manusia Allah berikan untuk cinta sayang pada keluarga, kawan dan harta tapi apa yang pasti cinta siapa yang paling utama. Ya, cinta Allah.

Oleh itu cinta apa yang paling rendah ? Cinta paling rendah ialah apabila meletakkan cinta pertengahan lebih daripada cinta agung. Ya itu cinta paling rendah. Mari kita rujuk Surat At-Taubah ayat ke 24 : 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."


Kalau begitu cinta kepada kekasih cinta apa pula ?

Jawapan yang mudah,  cinta yang hina di sisi Allah. Nauzubillah. Ingatlah bahawa kekasih kita yang sempurna adalah Allah. Jadi mengapa kita mencari yang tidak sempurna sedangkan Allah sentiasa ada setia bersama kita ?

Bersabarlah kita dalam soal jodoh. Allah telah menjanjikan pasangan untuk kita sejak kita diciptakan. Tidak perlu mencari kerana kekasih kita telah mencarikan yang terbaik buat kita. Analogi jika kita bersabar dalam soal cinta sesama manusia seperti jika kita berpuasa. Apakah nikmat kita berpuasa ? Dua nikmat dapat kita rasakan ketika berpuasa ? Yang pertama nikmat berbuka dan yang kedua nikmat bertemu dengan Allah dalam ibadah kita. Maka sama juga kita berpuasa daripada syahwat. Kita bermujahadah cinta. Tiba masanya, akan kita rasakan nikmat yang sebenar, nikmat yang telah Allah janjikan, nikmat yang suci dan halal di sisi Allah. Ingatlah, setitik kemaksiatan yang kita lakukan sebelum berkahwin bermakna setitik kemanisan selepas kahwin telah kita ambil sebelum waktunya. 


" Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan pasanganmu akan digembirakan "
(Az- Zukhruf : 70)

Tidakkah kita mengimpikannya ? Carilah cinta yang Allah redhai, cinta yang halal di sisi Allah.


Terdapat tiga jenis cinta iaitu:

1) Cinta kepada Allah

Merupakan cinta teragung yang telah dikatakan tadi. Ya, tidak ada lagi cinta yang dapat menandingi cinta Allah. Allah kekasih kita. Kekasih yang sempurna. Dambakan cinta Allah yang satu. Pernah kita terfikir betapa cintanya Allah kepada kita ? Allah berikan kita hadiah, nikmat sebanyak-banyak tapi sebanyak mana kita bersyukur dan membalas cinta Allah ? Adakah pernah kita membalas cinta kekasih kita yang 24 jam sehari bersama kita ? Pernahkah kita ?


" Yang paling mendalam cintanya, adalah yang paling banyak pahalanya. "

2) Cinta kerana Allah

Kita cintakan ibu bapa, keluarga, guru, sahabat dan rakan seMuslim kita kerana Allah. Cintailah mereka kerana Allah, Insya Allah akan membawa kita kepada cinta kepada Allah.

3) Cinta bersama Allah

Dapat disamakan dengan syirik cinta. Iaitu kita mencintai sesuatu lebih daripada Allah. Sama tarafnya dengan cinta paling rendah tadi. Tahukah anda bahawa Allah merupakan kekasih yang cemburu ? Allah tidak suka kita meletakkan cinta dunia atau cinta manusia lebih daripada cinta kepada-Nya. Janganlah kita meletakkan cinta Allah jauh daripada kita kerana hati yang dipisahkan dari hidayah Allah akan menjadi keras dan sukar melakukan kebaikan.

Cinta fitnah

Cinta adalah fitrah, tapi jangan bertukar menjadi fitnah.


" Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli "
(Riwayat Ahmad)


Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”


(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Terbukti bukan ? Kalau kita nasihat orang yang berkasih-sayang, mereka akan memekak kan telinga dan cuba untuk tidak mendengar walaupun mereka sedar akan salah dan haram tersebut. Dalam hati kita ada satu rongga sahaja. Rongga untuk Allah. Kalau rongga tersebut sudah dipenuhi dengan cinta manusia yang salah, maka jauhlah cinta Allah untuk kita.



Penyaksian Cinta


Penyaksian cinta kita kepada Allah adalah syahadah kita. Syahadah yang kita lafazkan selalu.


" Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah "



Apa beza " tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah " dan juga " Aku sembah Allah " ?

Sama ke tak sama ?

Cuba fikir ?

Macam nak sama je kan maksud ?

Tapi ye ke sama ?

Tak sama.


Aku sembah Allah bermaksud ", ya, kita sembah Allah tapi pada masa yang sama kita menempel sesuatu selain Allah sebagai contoh kita mengatakan majikan kita merupakan sumber rezeki kita, pergantungan kita adalah duit,  cinta kita adalah sahabat etc etc. 


Jika tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah " bermaksud hanya Allah lah segala-galanya. Allah sebagai sumber rezeki, tempat pergantungan, Allah sebagai penolong. Allah yang satu. Tiada yang lain selain Allah. Kita datang ke dunia kerana Allah, kita hidup kerana Allah dan kepada Allah kita akan kembali.



Okay, seterusnya adalah soalan-soalan yang telah ditanya oleh tiga orang pelajar Intec.


Soalan Pertama:

Bagaimana kita nak tahu kita bersahabat dengan kawan kita kerana Allah ataupun kawan kita bersahabat dengan kita kerana Allah ?

Jawapan: 

Kita tanya diri kita balik, bila kita kawan dengan mereka, kita makin jauh atau dekat dengan Allah ? Amalan kita bertambah atau berkurang ? Kita ke arah kebaikan atau melagha. Kawan yang bersahabat kerana Allah akan mengajak rakannya mendekati Allah kerana dia ingin bersama-sama dengan rakannya masuk ke dalam syurga dan bukan ke neraka. Kawan yang bersahabat bukan kerana Allah akan mengajak kita melakukan perkara-perkara yang melagha dan jauh kepada Allah. Mari, kita sebagai kawan bersama-sama bersahabat kerana Allah, mendekatkan diri kita kepada Allah dan masuk ke syurga Allah bersama-sama.


Soalan kedua:  

Ada istilah cop bakal isteri ke dalam Islam ?

Jawapan:

Tiada istilah cop cop dalam Islam. Kalau kita mahukan si dia, berjumpalah dengan wali bagi kaum Adam kerana kita mesti hormat hak wali mengikut sunnah. Jangan berjumpa dengan wanita tetapi berjumpa dengan wali. Jika takut, maka terbukti bahawa anda tidak bersedia. Fikir masak-masak sebelum membuat  keputusan. Dapatkan petunjuk daripada Allah, sesungguhnya Allah akan menolong. Apabila ingin berurusan pastikan urusan itu penting kerana urusan bermaksud yakin apabila bentang dengan Allah. Jika kita ingin seseorang itu, kita harus yakin bentang dengan Allah dulu kemudian barulah kita berurusan dengan wali tersebut. Lebih mulia dan suci kalau begitu.


Soalan Ketiga:


Macam mana nak sampaikan isi hati kepada kaum Hawa sewaktu masih belajar ? Takut nanti kalau lambat si dia telah dilamar oleh lain ? Macam mana nak sampaikan and at the same time jauhkan diri dari zina hati dan zina lain-lain ?

Jawapan:

Seriously, I found out that this question is really interesting because most of us are teenagers and we are really excited when talking about Baitul Muslim right ? haha.


Okay, back to the answer. Sampaikan satu pesanan kepada gadis tersebut. SATU SAHAJA, LEPAS ITU JANGAN NAK SAMPAIKAN LAGI. Cakaplah, pada tarikh ini, sebagai contoh:"12 September 2013, saya akan datang berjumpa dengan wali awak untuk mengambil awak sebagai isteri. Dalam tempoh itu sama-sama kita bermujahadah cinta dan membaiki diri masing-masing, melengkapi agama kita..." Bunyi macam itulah. Sekali itu sahaja. Lepas itu that's it. Kita taqdim, yakin bermujahadah cinta. Kalau kita tak mampu, kita bertawakkal kepada Allah semoga Allah memberikan jodoh yang terbaik untuk kita. Kita lakukan solat, minta petunjuk dari Allah. Kalau dah bersedia nak kahwin time study, boleh bentang plan ekonomi depan bakal bapa mentua. Dalam tempoh bermujahadah tak boleh SMS, tak boleh call, tak boleh jumpa, tak boleh semua la. Jangan rindu, jangan ingat, jangan ni, jangan tu sampai waktunya tiba.


So, ada berani tak macam itu ?



Alhamdulillah, sampai di sini saja dapat saya kongsikan. Semoga kita dapat belajar dan memanfaatkan ilmu ini, Insya Allah. Sekian, terima kasih. 



"Sahabat-sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah. Cintailah aku kerana 
Allah juga. Semoga persahabatan kita mendapat keredhaan Allah."

3 ulasan:

husniyah bazlaa berkata...

aku cintamu kerana Allah!

محمد مرشد berkata...

soalan 3: sebenarnya yang lelaki paling tak berani nak bagitahu ialah takut kena reject

dan

pada ana, yang paling ideal ialah yang hawa mencari adam... ibrah siti khadijah mencari Rasulullah SAW

Nur Aishah Asyiqin Bt. Haron berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.