Pengikut

Jumaat, November 22

Moga tenang rohmu sahabat

Assalamualaikum WBT.

Salam penuh kasih sayang kutiupkan buat sahabat seperjuangan di medan dnt. Warkah ini khas kutulis buat salah seorang insan yang cukup mengesankan jiwaku. Kini, jiwaku hidup. Syukur Ya Rabb, Kau temukan kami. 

Tak mampu nak dilupakan. Saat indah perkenalan yang dipelihara, tika zaman persekolahan tidak pernah sepatah berbicara dengannya. Apatah lagi memandang mukanya. Ya, tidak ada apa yang penting ketika itu. Ianya berterusan hingga kami meninggalkan sekolah itu dengan memori yang sangat indah. 2 tahun saja. sangat tak cukup nak mengenali seseorang, lagi2 berlainan jantina. Jauh sekali.

hampir setahun berlalu, beberapa teman mencari-cari beliau. Ada yang kata, lamanya dia menghilang tanpa khabar berita, tanpa angkat call, tanpa balas mesej, tanpa ada laman sosial, serius sangat susah teman nak berhubung. Saat itu, aku pun mula tertanya-tanya, yang mana satu orangnya ni? kelas yang mana? berjawatan apa tika di sekolah dulu? serius memang tak dapat nak ingat iras wajahnya.

Wajah yang bersih.. janji Allah buat Azem


kumulakan pencariannya di dalam buku ajab The Red Blood. Alhamdulillah, akhirnya dapat cam orangnya. Tak kisahlah bagaimana dia di sekolah dulu. Kita hanyalah bertaraf hamba. 

Tak lama kemudian, muncul seseorang di ruang komentar laman blogku. Logo sekolah? tersenyum sebentar, sebujur logo itu punya seinfiniti memori indah bersama. Warnanya terus menangkap mata langsung menusuk ke lubuk hati.sumpah! sangat indah. Ku lihat profilenya. Hampa... tiada apa yang boleh dikenalpasti penulisnya. Namun kebanyakan blog rakan sebatch difollownya. Dapat kuagak, ia pasti rakan sebatchku. Penuh sabar kubaca tulisannya, tika itu hanya beberapa post saja, persis baru dibina lamannya. Tulisannya penuh ratapan seorangan hamba. Taubatnya atas segala khilafnya. Kurasakan keikhlasannya. 

Aku mula mengikuti perkembangan penulisannya, dia mula menulis soal usrah, soal jemaah, soal perjuangan, soal jihad, soal SYAHID. diriku mula rasa kerdil. sekelip mata terikat hati atas dasar jalan perjuangan yang sama, walau medium kami berbeza, matlamat kami tetap satu, Allah itu yang utama. kurasakan, jiwanya hidup dan menghidupkan jiwa yang lain. terbayang hatinya yang kian bersih dari tompok2 hitam jahiliyah dulu. Sumpah, cemburu dibuatnya. Namun, kuyakin Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Pengampunnya Dia, akhirnya lahir pemuda penuh hamasah buat Ummah. 

Tiba-tiba dapat kurasakan bahawa dia adalah kawan kami yang katanya menghilangkan diri itu. Tak tahu bagaimana tiba-tiba boleh merasakan dia adalah orangnya. Kini dirinya yang lain, persis dilahirkan semula. jiwanya sangat bersih melalui ungkapan tulisan-tulisan di blognya. 

Azem seorang kepimpinan di universiti
Namun, Allah itu telah menulis jalan buat kita semua, termasuk dirinya. Saat aku pulang semula ke maktab atas tugas penting. memandu seorang diri, berdebar, tak selesa. aku dikhabarkan pemergiannya. Ya Rabb, benarkah dirinya yang Kau ambil dahulu? begitu cepat?. Innalillahiwainnailaihirajiun. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali. Bebola mataku kian panas, terasa longlai badanku, jatuh melutut. mengalir cecair panas di pipi. Eh, mengapa menangis buat lelaki ajnabi? MasyaAllah, ini buakan tangisan biasa2, tangisan sedih buat jiwa pemuda yang diperlukan Ummah. maka berkuranglah jiwa yang akan ikhlas berjuang di jalan Allah. maka selepas ini, tiada lagi update tulisan2 jihadnya, tiada lagi perkongsian usrah, rehlah,jaulah, tamrinnya. 

akhirnya, tekaanku selama ini benar. dialah yang menulis di blog itu. dialah yang selalu menyatakan rindu kepada kawan2 sekolah dahulu, dialah yang setia menggunakan sebujur logo sekolah sebagai gambar profilenya, dialah yang menyatakan moga ukhuwah sampai ke Syurga. kini dia dahulu dijemput Allah itu bertandang ke SyurgaNYA. 

Ya Rabb, Kau pelihara jiwa yang bersih. Kau ambil dirinya tika usianya yang muda, yang baru sahaja disentuh Hidayah. Kau ambil dirinya tika jiwanya semangat berjuang untuk agamaMU. Begitu mulia pemeliharaanMU Rabb. Sumpah! Aku kini mencemburui arwah. Aku juga mahu sepertinya. Ya Rabb, ku mohon Kau pergikanku dalam keadaan yang baik. 

Teringat saat pertama kali dan terakhir kalinya bertemu arwah di kenduri kak farah (kakak kepada arwah luqman sahabat baik arwah). Sempat ku lihat kelibatnya. Sungguh bersih wajahnya berkopiah dan berbaju melayu melambangkan kebersihan hatinya. Tidak ada bicara sepatah pun, namun hati kami berbicara "teruskan semangat juangmu sahabat, moga Allah redha, ayuh bawa juga rakan-rakan kita mengenal Dia di jalan dnt" 

Moga tenang kau di samping Pencipta. ku mohon ada doamu buat diriku yang masih meneruskan perjuangan di muka bumi, moga ketemu buat kedua kalinya di Syurga. lambai aku dari atas sana. Moga ada doa buatmu sahabat dari insan-insan yang pernah kau santuni. 

Buku-buku bacaan arwah Azem

sahabat... kau dengarkan setiap butir kata2 ummi mu?

"Along....dlm keadaan airmata mama yg bergelingan ini mama tabahkan hati dan kuatkan semgt utk meniti hari2 mendtg tanpa along disisi.begitu cepat along tinggalkan mama ayah dan adik2 semua.mama belum puaa hidup bersama along krn dr ting satu along dah msuk sek asrama kemudian ke matrik dan ke u.tp ketentuan takdir tidak ada sesiapa yg dpt menghalang.kami semua telah redha....setiap hari ayah mama dan adik2 tak jemu2 ke pusaramu utk menghilangkan kerinduan pdmu..damai dan tenanglah along di sana ya...bayanganmu yg berjubah putih seolah2 tersenyum dan melambai2 pd kami ketika kami nak pulang.begitu juga dlm rumah bayangan along ada di mana2 dan seolah tersenyum gembira.apakah tandanya memang along memang tenang dan damai di sana.moga Allah tempatkan dirimu dikalangan org2 soleh dan para syuhadah..Al-fatehah.." -ummi

kau tahu... ianya sangat lembut, tenang penuh redha atas pemergianmu
walau kesakitannya melahirkanmu sampai kini masih kuat terasa
namun, aku yakin, kesakitannya melahirkanmu kini terubat dek melihat anaknya kini tersenyum ketenangan di samping Pencipta
sungguh bangga ayah dan ummi mu sahabat
moga aku jua membanggakan abah dan mamaku di akhirat nanti.
aku juga mahu membahagiakan mereka, persis dirimu. amin Ya Rabb

pertemuan antara kita memang tak pernah dirancangkan
kerana ada kuasa hebat yang telah menulis buat kita
persahabatan yang terikat atas dasar iman
atas dasar pejuangan dan semangat dnt
sangat manis rasanya, 
tiada senda gurau, tiada ikhtilat
suci kerana ia hanya buat Pencipta

November 15, 2013. Mohd Azem Sameer bin Noor Zamri. 

AL-FATIHAH

4 ulasan:

Unknown berkata...

aishah, harap sudi kongsi pautan untuk blog arwah.moga kiranya dengan hadirnya insan lain untuk membaca dan mengutip ibrah, dapat bertambah pahala untuk menerangkan liang lahadnya biiznillah.

shukran atas perkongsian.

Unknown berkata...

aishah, harap sudi kongsi pautan untuk blog arwah.moga kiranya dengan hadirnya insan lain untuk membaca dan mengutip ibrah, dapat bertambah pahala untuk menerangkan liang lahadnya biiznillah.

shukran atas perkongsian.

srikandiumar berkata...

Assalamualaikum,aisyah,ana najihah,shbt kpd arwah azem di kampus,umk,salam perkenalan,sentiasa doakan untuk arwah,Al-Fatihah

Nur Aishah Asyiqin Bt. Haron berkata...

Waalaikumussalam.. salam perkenalan juga untuk najihah =).. Alfatihah buat azem