Pengikut

Jumaat, November 30

Palestin diktiraf PBB sebagai Negara



* Daripada 193 negara Ahli Majlis Sidang Umum PBB, 138 setuju, 9 menentang, 41 berkecuali dan 5 tidak menghadiri sesi undian usul. 

* Antara yang bersetuju termasuklah; Peracis, Italy, Denmark, Malaysia dan Ireland.

* 9 Negara yang menentang adalah Israel, Amerika Syarikat, Canada, Czech Republic, the Marshall Islands, Micronesia, Nauru, Palau dan Panama.


* Mengambil pendirian berkecuali termasuklah; Britain, Singapura dan Jerman.


* Susan Rice, wakil Amerika Syarikat ke PBB berkata; Keputusan hari ini tak mengubah apa-apa. Dan tiada apa perubahan yang diperoleh oleh penduduk Palestin.


* Hillary Clinton, Setiausaha Amerika Syarikat berkata; Keputusan yang malang dan tidak produktif. Pengiktirafan pada negara Palestin tidak boleh berlaku melainkan mendapat persetujuan daripada Israel. 


* Mahmoud Abbas; Presiden Palestin berkata; Keputusan ini merupakan langkah yang baik untuk berdamai dengan Israel. 


Ulasan Admin IKRAM MESIR;
*Usaha yang dilakukan oleh Mahmoud Abbas dalam membawa usul ini ke Sidang Majlis Umum PBB 

menunjukkan sekuat apa pendirian yang dilakukan oleh negara-negara lain terhadap isu Palestin. 

*Pengiktirafan ini merupakan satu langkah yang baik, melihatkan kepada majoriti masyarakat dunia mengambil peduli isu kewujudan negara Palestin sebagai negara yang sah. 


*Walaupun begitu, usaha yang dilakukan oleh Mahmoud Abbas yang cenderung pada penyelesaian secara 'two states for two people' masih belum menguntungkan ummah dalam usaha membebaskan Qiblat Pertama Umat Islam, Baitul Maqdis. 


* Pengiktirafan ini juga tidak memberi kesan signifikan jika pembantaian terhadap Palestin (Gaza) masih terus dilakukan oleh Zionist Israel. 


* Ahamdulillah. Tahniah buat rakyat Palestin atas pengiktirafan ini, moga lanjutan daripada usaha ini dapat membebaskan al Aqsa tercinta.


Memperkasa Ummah, Membebaskan al Aqsa. 


Tiada ulasan: