----> bismillahirrahmanirrahim
aku pergi meeting jemaah bersama sahabat.
aku lihat mereka lebih hebat. aku cemburu.
aku ingin lebih hebat lagi!
hebat berdakwah. bukan untuk dipuji-puji.
hanya untuk mencari redha ALLAH.
Allahu ALLAH, hebat benar jiwa "ini". luar biasa bicaranya. ini bukan dibuat-buat. ianya hadir penuh ikhlas.
eh... setahu ana, zaman sekolah dulu tak ada kawan-kawan ana yang berfikrah jelas seperti ini. yalah mungkin zaman kanak-kanak kot, masing-masing masih banyak main lagi.
identitinya makin menjadi tanda tanya. tapi ana tahu dan yakin bahawa dialah kawan kami dahulu.. kawan yg "itu". kelas yg "itu".
walaupun tidak pernah mengenali dirinya ketika sekolah dahulu (tak pernah bercakap dengannya rasanya +_+"), ana yakin, dirinya yang sekarang ini bukanlah dirinya yg dulu.
Allah tak pernah pertemukan kami selepas sekolah. jadi, ana memang tak pernah tahu dan tak pernah ambil tahu tentang dirinya. kehadirannya tiba-tiba sahaja penuh dengan tanda tanya. "adakah itu dia?... betul ke?..." Allah, semakin yakin dengan percaturanMU.
dirinya persis dilahirkan semula. BERSIH, JELAS fikrahnya. indah bahasa pertuturannya. molek tersusun peribadi akhlaknya melalui bait-bait ungkapan kalam blognya.
"jangan tak percaya! berkali-kali ana mengetuk iman di hati. ana tanam semula benih2 keyakinan. ini memang dirinya. dirinya yg baru disentuh HIDAYAH. penangannya sangat lembut yang mampu mencantas jahiliyah".
Firman Allah SWT:
"Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah." (Surah Maryam 19:76)
Hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang mempunyai kuasa veto berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk diberikan hidayah, berjalan dijalan Islam yang sebenar. Bersyukurlah dengan sepenuh hati milikNya itu andai terasa diri sudah diberi hidayah dariNya. Tiada siapa yang dapat merasainya kecuali dirinya yang telah dipilih Allah itu. Subbhanallah, hebatnya Dia.
ana doakan moga dirinya juga buat sahabat-sahabat jalan dakwah dan tarbiyah ini tetap thabat dan qowiy menyampaikan penyaksian terhadap kebenaran ini!
6 ulasan:
Assalamualaikum, lama tak jumpa..apa khabar?
Waalaikumussalam. ? Sihat alhamdulillah.. lama x jumpa?
assalamualaikum
ALLAHurabbi..,ana baru perasan..
malunya ana
waalaikumussalam.
firstly maaf sbb ana ambil enta sbg contoh utk entri kali ni.
HIDAYAH mmg perkara yg terindah :)
dengannya segalanya akan berubah... berubah ke arah yang jauh lebih baik, lebih tenang dan lebih dekat dgn pencipta.
moga kita sama2 menyeru kawan2 lain untuk rasai nikmatnya dakwah dan tarbiyah.
la baas
cuma.., diam jika ada yg bertanya siapa
ukhuwah fillah abadan abada
In shaa Allah ana pgg amanah ini.. =)
Catat Ulasan