Pengikut

Selasa, Jun 4

Good Bye Akhfriend dan Ukhtfriend

Akhfriend ? Ukhtfriend ?
Atau Istilah Melayunya disebut sebagai kekasih.
Ya kekasih.
Eh ? Lalu kita semua tertanya-tanya ? Ikhwah akhwat juga punya kekasih ke ?
Maka, saya bertanya kembali. Ikhwah akhwat juga seorang manusia bukan ?
Tidak mustahil untuk mereka punya perasaan cinta.
Ok ! Sebelum kita menyelesuri jauh kisah ini, sekali lagi ingin saya tegaskan, kisah ini betul-betul berlaku, sama sekali bukan main-main, jauh sekali tipu-tipu.
Supaya lebih jujur, ceritera ini tentang kekasih hati kamu, selepas Allah dan Rasulullah, Ibu dan juga ayah, serta seluruh ahli keluarga serta sahabat kamu.
Siapa ya ?
Now everyone can usrah-ing
Penangan dakwah dan tarbiyah kini, begitu mendominasi jiwa setiap dari anak muda yang dahagakan ilmu dan petunjuk dari Ilahi.
Jika syarikat penerbangan Air Asia melancarkan slogan Now everyone can fly , maka setiap dari pengerak dakwah juga boleh melancarkan slogan mereka kepada masyarakat. Seperti ;
Now everyone can usrah-ing
Melalui sistem ini, ahlinya dididik menjadi umat yang wasathan. Iaitu umat pilihan sepertimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 143 ;
Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasul (Nabi Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.
Apabila umat ini digelar umat yang wasathan, maka ia membawa maksud ; umat Islam yang mencapai  sifat-sifat mahmudah yang terbit daripada kedudukan syariat Allah dalam kesederhanaan, kebaikan, keinsafan dan ketinggian yang menjadikannya sebagai penghulu segala umat, ketua segala bangsa dan menjadi saksi ke atas mereka pada hari Kiamat . (Kertas Kerja Konvesyen Fiqh Ummah 2012).
Lalu apa kaitannya dengan tajuk di atas ?
Cuba anda pejamkan mata seketika ? Lalu bayangkan . Sebelum ini siapakah anda ?
Sebelum anda mengatakan sayonara jahiliyah secara lantang dan tegas !!!
Selamat tinggal Jahiliyah !!!
Fullstop.
Sahabat, perlu diingat
Dalam tarbiyah, ia tidak mengenal usia. Ada insan yang mengenal tarbiyah ketika di bangku sekolah, ada juga ketika di bangku universiti dan ada juga ketika sudah berkeluarga.
Dan tidak semua insan-insan yang memasuki tarbiyah ini lumrahnnya memang baik. Tidak pernah bercouple, tidak pernah tinggal solat berjemaah, menjaga pergaulan dan sebagainya.
Maka, persoalannya di sini, apa akan terjadi pada si girlfriend dan boyfriend selepas insan-insan ini telah mengucapkan sayonara jahiliyah.
Selamat tinggal sayang.
Berat bukan hendak mengucapkan selamat tinggal. Lebih-lebih lagi bila hati telah terpaut. Dalam pandangan mata kasar kita hanya si dia yang selalu bermain di wajah.
Meski si dia yang pernah kita cintai dulu itu tidak langsung berminat untuk menyertai usrah. Dan dia sama sekali tidak faham akan perubahan yang sedang kita alami. Adakah itu satu bebanan ? Ya, itu masih lagi satu bebanan.
Maka, dalam fikiran anda ketika ini ? Wajarkah aku meninggalkan si dia ? Meski dia selalu memujuk rayuku ? Cinta mana yang harus aku gapai ? Cinta Allah yang membawa bahagia atau cinta manusia yang melalaikan malah melekakan.
Di bawah saya listkan serba sedikit tips good by akhfriend dan ukhtfriend
Ok, beginilah. Oleh kerana ramai yang menanyakan, dan saya lihat permasalahan ini berlaku pd hampir setiap aktivis dakwah sepanjang zaman. Lebih-lebih lagi adik-adik yang baru menyertai gerabak ini, So here come the tips :
Tips “Gud bye akh/ukht”
1) Sebaik-baik perubahan ialah yang sedikit tetapi istiqamah. Allah maha tahu hati adik-adik dan mengerti kondisi adik-adik.
Adik-adik masih belum kuat utk mengatakan “Gud bye saat ini” .So langkah pertama ialah kurangkan perhubungan. (kurang jumpa, facebooking, gayuting dan etc-etc)
2) Bila hati sudah sedikit kuat, ambil pen, coretkan warkah terakhir adik-adik untuknya.. Boleh beri dalam bentuk surat, ataupun mesej di fb dan email. Harus kuat ketika ini ! Biar air mata berjurai sekarang , jangan berjurai di pintu neraka kelak !
3) Sudah selesai ? Belum lagi. Syaitan sangat bijak. Dia pasti akan menguji kekuatan keputusan yg dibuat oleh adik-adik. Justeru, dalam fasa ini, jangan termakan oleh sebarang pujuk rayu. Dekatkan diri dengan Allah dan sahabat-sahabat perjuangan.
4) Banyakkan mengadu pada Ilahi di sepertiga malam.
5) Mulanya pasti akan sedih, tetapi percayalah, selepas beberapa ketika. adik-adik akan sangat ok. Dan merasakan satu kelajuan yg amat sangat dalam amal dakwah ini.
Macam “the flash” pun ada ! Zusss…
Tidak percaya cubalah ! Masih belum terlambat. Pintu taubat masih terbuka :)
Semoga bermanfaat.
Pengorbanan itu umpama ubat yang menyembuhkan
Amr Khalid dalam bukunya edisi terjemahan iaitu Buku Pintar Akhlak ada menyebut dalam bab Mujahadah Al-Nafs . Bilamana dia memberi perumpamaan dengan bercerita.
Anda bayangkan begini. Seorang anak kecil sedang jatuh sakit. Ayahnya risau lalu menyuruh si anak kecil itu untuk makan ubat. Anak kecil itu meronta-ronta tidak mahu oleh kerana ubat itu teramatlah pahit dan tidak menyenangkan. Namun, oleh kerana dipaksa oleh ayahnya, si anak kecil itu makan juga ubat yang diberi dan akhirnya sembuh seperti sediakala.
Sahabat, begitulah pengorbanan yang perlu kita buat dalam hidup ini. Meski sakit dan pahit untuk ditelan, namun akhirnya, apa yang akan kita dapat ? Kesembuhan bukan ?
Bukan bermakna kita tidak boleh bercinta. Boleh. Namun, lebih manis lagi  jika selepas ikatan perkahwinan.
Sahabat anda perlu beringat, ramai duat yang tersungkur jatuh oleh kerana pujuk rayu seorang yang bernama girlfriend atau seorang yang bernama boyfriend. Tegarkah nanti, bilamana anda telah berkahwin, insan yang paling anda sayang ini menjadi sebaliknya. Menjadi insan yang paling menentang dakwah anda.
Nasihat saya, tinggalkan mereka. Berdoalah agar mereka juga diberi hidayah dan kekuatan seperti anda. InsyaAllah sesuatu yang indah menanti anda di hadapan. Jodoh yang lebih baik, jodoh yang sama-sama membawa agenda keluarga muslim dalam hidup. InsyaAllah.
Ayuh, jangan berlengah lagi, katakan selamat tinggal pada Girlfriend atau boyfriend “kita” . Anda mampu lakukannya.
Agar nanti terbitlah kata-kata , di jalan dakwah ini aku menikahimu. Dan dijalan in jugalah kita menabur bakti. Semoga perkahwinan itu nanti semacam jadi satu sinergi. Bukan lagi seperti  1+1 = 2, tetapi mungkin 1+1=4 atau lebih.  InsyaAllah. Ikhlaskan diri dalam jalan ini. Akan ada ganjaran untuk anda di sana nanti.
Wallahualam. Selamat tinggal Girlfriend dan Boyfriend ku.
p/s : Bila selongkar-selongkar balik file lama,  terjumpa entri yang macam best. Ini adalah sebahagian petikan surat yang ditulis khusus untuk ikhwah tercinta suatu ketika dahulu. Saya ubah sedikit, dan cantum-cantum dalam bentuk ayat formal supaya mudah dibaca :)

Tiada ulasan: