Pengikut

Isnin, Mac 21

Ana sudah Jatuh Cinta ! kamu bagaimana?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Pertama-tamanya dan selama-lamanya setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan ke hadrat ILAHI di atas nikmat iman,islam,ihsan dan ukhwahNYA dapat ana luangkan sedikit masa untuk sampaikan apa yang junjungan besar Nabi Muhammad SAW sangat sukai yakni DAKWAH. Hanya kekuatan dari Allah SWT ana dambakan untuk segalanya.

Salam sayang, salam dakwah dan salam ukhwah ana titipkan buat ayahanda dan bonda, abang dan adik2, guru2, rakan2 serta buat pemuda yang Allah telah janjikan buat ana kiranya ada insyaAllah. Sayang kalian semua lillahitaala. Berdoalah supaya hembusan lembut rahmat ILAHI sentiasa menyentuh lembut hati2 kita.amin.




( haa ! ni hanya sudah nikah saja boleh cuba ye !)


Kali ini ana terpanggil untuk menulis tentang satu fitrah indah yang ianya kalau tidak dikawal boleh jadi nikmat dan adakalanya boleh jadi fitnah. Wah-wah teringat ana pada kak Fatimah Syarha dan Ustaz Pahrol Juoi di UM.

Cinta adalah suatu anugerah tidak ternilai yang Allah kurniakan ke dalam hati manusia. Cinta memberikan kekuatan dan motivasi kepada manusia untuk menjadi lebih baik.Sesiapapun pasti bahagia andai diri dicintai. Manusia sanggup menjadi gila kerana cinta, bak cinta Qaisy terhadap Laila. Manusia sanggup buat apa sahaja demi cinta, umpama Shah Jehan yang membina Taj Mahal sebagai tugu cintanya terhadap Mumtaz.

Salahkah bercinta? Salah andai cinta yang dibina tersasar dari landasan agama dan melalaikan diri dari mengingati Allah. Cinta umpama hadiah dari Allah kepada manusia.Kita pasti gembira dan suka menerima hadiah, namun wajarkah hadiah lebih dicintai dari pemberi hadiah? Tepuk dada, tanya iman sayang. Cinta seharusnya mendekatkan lagi diri seseorang hamba kepada-Nya. Cinta adalah satu fitrah manusia yang tidak boleh ditidakkan. Namun,fitrah tersebut perlu dipandu mengikut landasan syariat agar tidak menjadi menjadi fitnah.

Ana terpanggil menyentuh isu ini kerana isu ini merupakan satu isu universal dan dialami kebanyakan dari kita,di setiap zaman terutamanya melibatkan remaja. An juga remaja seperti anda semua. Remaja kita pada hari ini lebih terkehadapan dalam menerajui persoalan cinta. Pelbagai versi cinta yang wujud, cinta monyet..love puppy..cinta kilat..cinta pandang pertama dan cinta sejati.Walau apa jua versi cinta, apa yang lebih penting adalah bagaimana cinta itu dikemudikan?

( opps... monyet bercinta memang comel, tapi cinta monyet tak menjanjikan apa-apa )


Salahkah bercinta?Jika salah, kenapalah agaknya Allah mengurniakan rasa cinta kepada manusia.? Namun, Allah tidak mengurniakan rasa cinta lepas begitu sahaja. Justeru, DIA juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia, khusus remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan kerap berlaku semasa menjalinkan hubungan cinta, yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan Allah. Analoginya seperti jalan raya. Pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan-peraturan jalan raya bukan? Jikalau ada yang melanggar sesuka hati, maka padahlah jawabnya, melayanglah nyawanya. Tanpa peraturan, ia akan menjadi cinta terlarang. Cinta terlarang ini akan membawa banyak impak negatif dalam kehidupan.

Terimalah hakikat bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Peraturan bukan bertujuan menyekat cinta namun ia lebih bersifat mengawal agar manusia tidak terus hanyut dan dicemari dengan pesona nafsu.

Apakah peraturan-peraturan dalam bercinta? Inilah yang perlu diikuti oleh remaja agar cinta tetap suci dan abadi. Paling penting, cinta itu hendaklah didasarkan kepada cinta Allah. Bagaimana bercinta kerana Allah? Iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu akan memudahkan lelaki dan wanita menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta dengan niat sekadar bersuka-suka. Andai tidak serius, tangguhkan dulu !.

Pasti ada yang merungut, apa erti cinta andai tiada dating, perbualan telefon secara marathon,berbalas SMS, sentuhan tangan dan senyuman? Itu semua bukanlah perisa yang akan memaniskan cinta namun pada hakikatnya ia adalah racun yang akan membunuh cinta. Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.

Remaja kerapkali terkeliru dengan apa yang HALAL dan apa yang HARAM dalam menjalin cinta. Malah, kadangkala manusia meminggirkan apa yang HARAM semata-mata mengikut telunjuk nafsu. Akhir kalam cintailah yang Maha Esa, kemudian kamu pasti merasai zuqnya bercinta!



"..aku mencintaimu kerana semangat perjuangan agama yang ada padamu,jika hilang semangat perjuangan agama padamu,maka hilanglah cintaku padamu...."

[ sebar-sebarkan cinta Ilahi.. semai-semaikan cinta hakiki.. ]

JOM CINTA ALLAH SAMA-SAMA DENGAN ANA !

ANA JATUH CINTA LAGI !

1 ulasan:

syakirah_ganu berkata...

Assalamualakum ya ukhti habibati =)
ana tertarik la ngan tulisan enti ni.best.
Moga terus diberikan ilham oleh Allah untuk menulis.
Enti...bleh x enti citer sal cara nk maintainkan cinta padaNYA???
Syukron atas perkongsian yang sedap ni.
=p
wassalam...