Pengikut

Selasa, Jun 26

natijah luar biasa!

alhamduilillah... alhamdulillah... alhamdulillah...
seinfiniti kesyukuran ana rafa'kan ke hadrat Illahi kerana dengan hanya limpah dan kurniaNYA kita masih diberi peluang menikmati 2 nikmat hidup yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.

terbayangkah kita andai sedetik dua nanti kita pergi menghadap DIA?
terfikirkah kita apa amalan yang akan dibentangkan di hadapan Pencipta?
tak terbayang? terlupa nak fikir?
tolonglah bayangkan sekarang!
tolonglah fikirkan sekarang!

moga sempat untuk kita mohon taubat atas dosa-dosa yang telah enak dilakukan.
moga lebih terdorong gerak langkah kita seterusnya... menyiapkan bekalan ukhrawi.

yup, kita kini sedang melalui jambatan Dunia menuju Akhirat yang pasti.
jalanlah dengan penuh hati-hati... imbangkan diri! jangan sampai terjatuh ke lembah Dunia yang menenggelamkan manusia dengan janji-janji manis iblis durjana.

Yup, dunia ini hanya sementara.... :) yakin?
ilmu bukan terletak pada pointer... :) yakin?
pointer yang luar biasa itu tanda ada redha DIA...:) yakin?
ana yakin! kamu juga sangat yakin bukan..??



keyakinan itu telah membuahkan hasil... alhamdulillah :)
TAHNIAH MURABBI 08!!
tak tersangka kan? amazed!! janji Allah sangat menginspirasikan kita...
kelas kita conquer the pointer!!
inilah yang ana nak katakan... NATIJAH LUAR BIASA.

kunci?
YAKIN ------> USAHA -----> KEEP PRAYING (TAWAKAL) ----> CARI REDHA DIA

p/s: lepas ni jangan lupa diri pula ya... GUNAKAN POTENSI ini untuk ISLAM!!! ^_^