BISIS IPG KPI
JUMAAT - 4/9/2013
MODERATOR: Ukhti Amal Izzati
Panel 1: ana (Aishah Asyiqin)
Panel 2: Ukhti Maisarah
1. Apakah
yang dimaksudkan dengan PENGORBANAN?
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah berbekalkan berkat aura ibadah
korban ataupun aura menyambut hari raya aidiladha atau hari raya korban, hari
ini insyaAllah kita akan bersama2 mengupas tajuk wanita dan pengorbanan. kita
bukan sahaja mahu berkorban secara amaliahnya tetapi ana mahu bawa entum semua
ke satu fasa kehidupan kita di mana wanita juga turut mengambil bahagian dalam
erti kata pengorbanan itu sendiri.
Wanita tiang negara
Tunggak agama dan bangsa
Jasanya tiada terkira
Ibu dan isteri solehah
Taat setia pada suami
Kunci keluarga bahagia
Tabah sabarnya mengasuh mendidik
Anak berakhlak mulia
Wanita berjasa
Wanita solehah
Perjuangan menegakkan Islam secara syumul di dalam diri, keluarga,
masyarakat, negara dan dunia amnya adalah merupakan sesuatu kerja yang tidak
mudah lagi mengambil masa yang panjang seperti firman Allah s.w.t dalam surah
at-Taubah : ayat 42;
Maksudnya;
“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu
yang berfaedah dan mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak
begitu jauh) nescaya mereka akan mengikutimu, tetapi tempat yang hendak dituju
itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dan berkata :
Sesungguhnya kalau kami sanggup tentulah kami akan pergi bersamamu. (Dengan
sumpah dusta itu) Mereka membinasakan diri mereka sendiri sedang Allah
mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta.”
Perjuangan ini menuntut penganut-penganut dan pencinta-pencintanya
kepada kesungguhan dan pengorbanan. Oleh itu kefahaman tentang konsep
pengorbanan sebenar dan keperluannya mestilah difahami oleh petugas-petugas
perjuangan Islam ini.
Pengertian pengorbanan
Pengorbanan berasal daripada perkataan korban. Menurut Kamus Dewan
antara lain ia bermaksud; pemberian iaitu kesanggupan melakukan atau menanggung
sesuatu sebagai tanda kebaktian, kasih dan lain-lain.
Pengorbanan itu juga memberi maksud perihal mengorbankan segala
yang punya seperti jiwa raga, harta benda, masa, kehidupan dan segalanya untuk
tujuan mencapai sesuatu matlamat.
Dalam Bahasa Arab ia disebut “qurban” iaitu dari kata dasar
“qarraba” yang bermaksud mendekatkan. Maka dari sudut istilah ia membawa
maksud; segala bentuk daya usaha yang membawa diri seseorang mendekatkkan
dirinya kepada Allah SWT.
tambahan dalam ibadah korban, ada pula dalam kalangan kita atau
orang tertentu yang apabila disebut korban, menjadi begitu sangat sensetif dan
membayangkan banyak wang yang akan dilaburkan untuk seekor haiwan korban 3
hingga 4000 dan satu bahagian saja sudah mencecah 4 hingga 500. inilah dia, ada
jenis orang yang apabila disebut korban membayangkan sesuatu kehilangan, tetapi
pada pendapat saya disitu bukanlah berlaku kehilangan harta dan wang ringgit
tetapi sebenarnya korban yang membawa gandaan pahala buat kita. insyaAllah
jadi, begitulah beberapa definisi korban dan pengorbanan yang dapat
ana sampaikan di sini. masing-masing punya tafsiran tersendiri mengenai
pengorbanan. sekian terima kasih ana serahkan kepada ukhti moderator.
2. Aplikasi
pengorbanan wanita zaman sekarang, khususnya kita sebagai bakal guru, isteri
dan ibu?
Kau
digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
i).
bakal guru
-
posting
pendalaman –pregnant
-
agihkan
masa dengan keluarga
-
sabar
dengan kerenah murid (jgn layan emosi) memerlukan pengorbanan dan mujahadah
-
sebagai
fasilitator – dengar masalah murid-murid
-
ibu
kedua kepada murid2 (lemah lembut)
ii).
isteri
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab. (HR ibnu addi, dailani dan
albazzar)
perkahwinan adalah satu kontrak yang diberkati diantara lelaki dan
perempuan, sehingga seseorang itu dihalalkan untuk yang seorang lagi, lalu
mereka memulakan kehidupan baru yg jauh perjalanannya dengan penuh semamngat
cinta, kerjasama, harmoni, toleransi, saling mempercayai dan saling
mengasihani.
baitul muslim inilah yang akan melahirkan masyarakat muslim yang
menjadi kompenan utama dalam pembinaan tangga maratib amal. Maka, tatkala sah
saja lafaz akad nikah itu, bermulah tggjwb & pengorbanan seorang wanita
kepada si suami. Banyak perkara yg perlu dikorbankan oleh isteri kpd suami ..masa..tenaga..
wang ringgit..dan kesetiaan.
-
balik
kerja
-
belajar
masak-korban masa
-
berhias
untuk suami –korban wang
-
lahirkan
anak buat pengikat kasih suami isteri – korban nyawa
-
melayani
suami zahir dan batin dengan sangat lemah lembut
-
melayani
ibu dan keluarga suami dgn baik – diuji oleh mrk – berkorban memenuhi kehendak
mrk demi menjg hati suami dan mertua
ini
semua adalah pengorbanan isteri yang sebenarnya merupakan lading pahala bg
wanita, maka menanamlah sebanyaknya benih2 tanggungjawb dan pengorbanan pd
suami tercinta agar lebat tuaian kalian di Syurga kelak. pengorbanan isteri
satu kemuliaan
iii).
ibu
-
melahirkan
anak
Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah
s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
-
menjaga
anak
-berjaga lewat mlm melayan anak yg menangis mahu menyusu.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
-
menjaga
keselamatan anak
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
-
beri
kasih sayang
korban wang untuk sempurnakan keperluan anak2.. kdg2 kehendak mrk
juga terpaksa ibu turutkan.. keperluan ibu terpaksa ibu ketepikan.
-
mendidik
anak2
-surah alkahfi ayat 46
“harta dan anak2 adalah perhiasan kehidupan dunia”
-korban perasaan ketika mendidik (rotan jika tidak mahu solat) –
sabar dengan kerenah anak2
“perintahkanlah anak-anak kamu untuk solat ketika mereka berusia
tujuh tahun
dan pukullah mereka jika mereka tidak mahu solat setelah berusia
sepuluh tahun”- HR Ahmad dan Abu Daud
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.Allahu akbar, itu semua adalah ganjaran oleh Allah s.w.t. bagi
mereka yang ikhlas melaksanakannya dengan hati yang terbuka. Sekiranya,
seseorang isteri dan ibu itu tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang akan diterima kelak, sudah pasti tidak akan ada perbuatan membuang bayi, membunuh
bayi dan sebagainya. Anakmerupakan saham di alam akhirat kita kelak.
Para suami dan anak-anak, sedar dan fahamilah pengorbanan seorang isteri dan ibu dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Berilah penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Mereka ini tidak menuntut bayaran sesen pun dari suami bagi kerja-kerja yang dibuatnya, namun balasan Allah s.w.t. adalah ganjaran yang paling berharga.
Para suami dan anak-anak, sedar dan fahamilah pengorbanan seorang isteri dan ibu dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Berilah penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Mereka ini tidak menuntut bayaran sesen pun dari suami bagi kerja-kerja yang dibuatnya, namun balasan Allah s.w.t. adalah ganjaran yang paling berharga.
Engkau sinaran wanita sealam
Engkau cahaya di kegelapan
Kau pembela di zaman penentangan
Korbankan harta dan jiwa
Demi agama Islam
Kesetiaanmu tiada bandingan
Kelembutanmu bak kabus putih
Kata-katamu penawar hati
menyejukkan hati Rasulullah
Siti Khadijah kau tiada lagi
Pemergianmu menyentuh hati
Kehebatanmu tiada penggati
Wanita penghulu Syurga
Engkau wanita contoh
1 ulasan:
bravo alaiki..
Catat Ulasan